Isnin, 29 Januari 2018

UPKK 2017

Assalamualaikum

UPKK bagi tahun 2017 telah melabuhkan tirainya. Keputusan pun dah keluar semalam. Keputusan boleh didapati melalui online atau pun SMS. Maka, berlumba-lumba lah mak bapak check keputusan anak masing-masing. hehe. Tak terkecuali jugak lah mama ayu kan. Bukan sebab tak sabar tapi sebagai ibu, kena amek berat kebajikan anak-anak. Walaupun mama ayu tahu tahap IQ anak-anak ni, maka dengan senang hati mama dah redha apa sahaja keputusan yang dak kembar dapat. Alhamdulillah ada jugak lah bayangan A yang timbul...hihi

Mama mengharapkan anak-anak mengikut jejak langkah mama satu hari nanti. Belajar kena score anak-anak. Bukan setakat cukup makan je. Dan selepas ini, mama kena buat sesuatu untuk perkembangan minda anak-anak. Nak kena buat experiment macam abangnya dak awie masa amek UPSR dulu. Pesan mama, study kena smart bukan study hard, nanti kalau keputusan tak memuaskan kita yang akan kecewa nanti.

Check keputusan online - hanya masukkan IC sahaja & akan terpaparlah keputusan si anak tadi

Check melalui SMS - mama cuba tp tak lepas2 pulak...sudahnya guna ONLINE jek


Kelas dak Imin - 5 Omar


Kelas Iman - 5 Osman


Pelajar yang mendapat straight A - 8A, Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar dan pada ibu bapa pelajar

Dikesempatan ini, mama ayu nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru SRA Jalan Kapar Batu 4 kerana telah mendidik anak2 dengan jayanya. Walaupun keputusan ini sebagai tali pengukur tahap kecemerlangan anak-anak, yang mana tidak berjaya tu, jangan cepat putus asa. Masih ada masa dan ruang untuk memperbaiki diri dan pembelajaran.

#don't giveup
#mamatauanak2mamathebest
#uallcandoit

Jumpa lagi, sayonara !!

Jumaat, 26 Januari 2018

Ajar anak buat kerja rumah

👀Assalamualaikum.


Tengah buat ape tu? Hujan-hujan ni pekena goreng pisang pun sodap kan. Tapi mane pulak nak cari pisang goreng dalam opis ni. Pepagi tadi memang lah banyak kejenya, tetiba petang ni terasa sunyi lah pulak. Untunglah orang2 TM boleh balik separuh hari, hari ini. Tapi bahagian mama tidaklah terlipat dengan jadul baru tahun 2018 ni. Ada jugak kawan-kawan sekerja yang balik kul 4.00 petang. Seronok dengar dorang cerita sebab dapat masak, gosok baju sesambil tunggu anak balik sekolah. Kalau lah arwah masih ada, dah tentu mama pun nak join sekali balik kul 4. Tapi semua tu dah tinggal kenangan.

Eh eh...apalah yang mama ayu mengarut ni. Ok lah. Berbalik pada tajuk kat atas ni. Syukur alhamdulillah, anak2 mama ayu memang di didik untuk membuat kerja rumah sejak dari kecil. Mereka telah di didik untuk menggosok baju seawal darjah 2. So setiap hari, anak2 akan gosok baju sendiri untuk ke sekolah. Kakak yang sulong tugasnya sidai baju + sapu sampah & mop lantai, anak no 2 buang sampah, dak kembar tolong mama cuci pinggan lepas makan (ni kalau pas makan main letak je dalam sinki, kekadang tu ada masa pas makan masing2 kena basuh pinggan sendiri) dan yang bongsu tu kena kemaskan tilam. Cadar dan bantal yang berselerak tu kena kemaskan balik. Setiap anak ada tugas masing-masing. Jadinya, mama ayu cuma masakkan lauk pauk dan lipat baju kat rumah. See, senang kan. Bila kita berbagi tugas, yang kecil pun nampak mudah. Tak de lah mama ayu cepat penat. Kang kalau dah penat, membebel pulak mulut ni...huhuhu




Malam tadi giliran iman untuk cuci pinggan sampai habis sinki tu dia cuci
 

Bekalan yang dak bongsu - setiap hari nak bawak bekal tp duet belanja tetap kena bagi. Aci tak bagi duet belanja. Patutnya tak perlulah kan tapi still dia mintak jugak. Sebabnya balik sekolah petang nanti dia nak beli aiskrim dekat orang yang bwk motor tu. Siap lah dia nyanyi2..'mat cool mat cool kawanku'...hahaha




Menu of the day - masak lemak kobis, sambal udang & telor goring.

Itu aje pun nak cerita. Nak menulis panjang2 pun ade ke orang nak baca...hahaha
Pesan kawan mama ayu, "kak, kalau nak tulis blog - tulis je". Kan, orang baca @ tak, terpulang...sbb ini diari mama ayu.


Jumpa lagi, sayonara !!

Sehari di Putrajaya

😁Assalamualaikum


Mood mama baik hari ni. Kejadian hujung minggu lepas, mama bawak anak2 g mandi kolam kt Dataran Gemilang, Putrajaya.Sejak arwah tiada, nak bwk anak2 g hotel pun x tau nk g mana. Dulu2, ayah dorg ni, pantang je mama x de kelas, mesti di ajak g mana2 hotel yg ada kolam. Asalkan anak2 dapat mandi & dapatkn tenangkan fikiran. Asyik duk rumah pun boring gak kan. hehe, so mama bwk kt tempat yg free je ye, asalkan anak2 dpt berendam.

Sekarang punya komunikasi pun dah mudah sangat kan. Semua guna wasap je. So apa yg di tunggu, just wasap kt group adik badik, tanye sapa yg nk follow. Tak dpt semua berkumpul pun x apa, asalkan plan menjadi...haha. dan yang pastinya, kalau plan last minit pasti menjadi kan. Tambahan pulak, mak call cakap nak join sekali..tu yang double happy tu. Mak siap cakap nak bawak bihun gorang dan ayam goreng. ooo, so yummy

Kali ni x amek moment dlm kete sbb pepagi dh keluar, bebudak ni pun x mandi kat rumah. Mama suh basuh muka & gosok gigi je. Lagipun nak ke sana pun sbb nk mandi kan...haha. 

Jom lah layan gambo..


Mama sampai lewat, dalam kul 1030 gitew. Sampai2 je bentang tikar, isi perut dulu. Kat rumah siap2 masak nasi lemak dan goreng nugget. Acik pulak bawak kek coklat, kek velvet dan pisang goring




Tidak ada kegembiraan melihat mak tersenyum. Memang tak sangka mak nak join sekali. pas ni leh plan g tempat lain pulak


Adikku yang bongsu lah yang dpt bwk mak ke mana2, tunang dia pun ikut sekali. Lagi pun gambar2 yg ada ni pun dak Ika snap haha, mama malas nau nak amek pic tau tp kalau x amek pic, cmno nk update blog kan. Kira aci lah ye..hehe



Perut pun dah kenyang, bebudak ni terjun kolam pulak. Time to mandi manda



Hai...seronoknya dak Iman kecik mandi. Dak Awie tu masa ni demam tapi nak ikut jugak. Mula2 x nak mandi tp tgk2 je dah masuk dalam kolam


Sesambil anak2 mandi, kami amek pic dulu - wany & tunang adik





Me with my luvly mak, acik & ika



Ok, gambar ni sengaja ditayang sbb dak wany tu kan..memang suka buat aksi yg ntah bukan2...adoiii lalala, anak oh anak




yg depan ni anak acik yg sulong, sebaya anakku Awie, tahun ni dorg akan menghadapi peperiksaan besar - PT3, mama doakan mereka dapat keputusan yang baik & cemerlang dlm peperiksaan nnt


Dah puas mandi dan perut pun masih kenyang lagi. .Kami ke Taman Wetland Putrajaya. Kat sini time masuk dalam kul 10-5 petang kalau x silap. First time tu mama datang sini



Depan pintu masuk...area taman ni penuhlah dengan angsa2..burung2..dan hidupan haiwan air.



Yang menarik di dalam



Bukan main suka dak iman pijak lantai tu...dari kosong hitam lantai tu sampai penuh ngan bunga



Lif utk ke tingkat atas dan bawah. Besar sungguh lif ni. Nampak tak di situ dak wany & awie, gaya macam nk gadoh je kan tp sebenarnya dorg dok bergurau lagu tu...hmmm, dorg ni kalau bergurau memang nampak kasar , mane lah mama x pening kan. Tak leh duk diam.



Lagi yg menarik kt dalam ni. Tadi bunga, yang ni ikan pulak




Ni sebenarnya tujuan utama dak bongsu ni nak buat, Main roller blade, maka tertunai lah hajat di hati



Main ngan sepupu kt sebelah Masjid Putrajaya. 

Itu lah aktiviti kami satu hari di Putrajaya. Kira tak sampai malam lah sebab mak nak balik cepat, esok nak meniaga...hehe.

Jumpa lagi, sayonara !!

Selasa, 23 Januari 2018

Terima Kasih Allah

Assalamualaikum..

Coretan ini ku tulis sebagai pengganti diri. Rasa hati yang..(x dpt nk diluahkan). Allahu, berat dugaan yang Kau berikan. Berikan aku kekuatan untuk menghadapinya.

Ada orang diberi ujian, dan dengan ujian itu menjadikan hidup lebih TABAH. 
Ada orang ditimpa musibah, dan dengan musibah itu menjadikan kita lebih bermuhasabah diri, dalam mencari nilai diri dan sekaligus memperbaiki apa yang tidak betul.
Ada orang di beri kebahagian, dengan bahagia itu dapat menjalani hidup dengan aman dan gembira.
Ada orang diberi kekayaan, dan dengan kekayaan itu dapatlah kita membantu sesama yang lain.

Apapun keadaannya, aku berterima kasih kepada-Mu Ya Allah. Sepanjang kehidupanku melalui bahtera rumahtangga, Kau memelihara kami dan kami hidup dengan aman dan tenteram. Kehidupan ini, pasti ada sengketa dalam rumahtangga tetapi dapat kami harungi dengan pelindungan dari Mu Ya Allah.

Terima kasih Allah. Kerana aku dikelilingi dengan insan-insan yang prihatin, mak, abah, adik beradik, anak-anak yang baik, ipar duai yang memahami, rakan-rakan pejabat, kejiranan dan semua yang hadir dalam hidup ini.

Dunia ini hanyalah tempat persinggahan. Banyak lagi cabaran yang perlu dihadapi. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok hari akan lebih baik dari hari ini. begitulah seterusnya. Kami insan yang menumpang di bumi Mu Ya Allah. Mudahkan perjalanan hidup kami dalam menuju ke akhirat, tempat yang abadi.

Nukilan hati, coretan utk pagi ini. Jumpa lagi, sayonara !!

Isnin, 22 Januari 2018

Amanah yang tertunai - Badal Haji untuk Arwah Suami

Assalamualaikum..

Salam pembuka bicara. Sunggu waktu itu pantas berlalu. Hampir 7 bulan arwah meninggalkan aku dan anak2. Ah, rindu tidak terkata. Sepanjang waktu itu, sekali je aku bermimpikan arwah. Sungguh saat itu, kerinduan itu tidak dapat dibendung lagi, maka dia hadir dalam mimpiku. Terubat seketika rindu ini. Ntah kenapa hari2 yang ku lalui, terasa seakan2 masih ada arwah disisi menemani hidup kami. Damainya arwah di sana kerana mimpi yang hadir, indah2 sahaja. Syukur Alhamdulillah


Dari jauh ku melihat anak2ku menziarahi kuburan arwah ayah mereka. Moga doa yang diiringi sampai terus kepada arwah. Doa anak kepada ibu bapa tiada hijabnya, begitu lah sebaliknya.


Dan juga Allah beri kesempatan untuk aku menunaikan Badal Haji bagi arwah suami. Juga diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah korban di sana Mekah AlMukaramah. Betapa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Didorongkan pintu hati untuk menunaikan amanah ini dengan segera. Allah, nikmat mana lagi yang hendak hambaMu ini dustakan. Terlalu AgongNya pemberianMu Ya Allah. Syukur Alhamdulillah

Ok lah, berbalik pada badal haji ni, sebelum mak mama g ke Mekah menunaikan haji pada tahun lepas (2017), mak ada berpesan, "kalau nak buat badal haji untuk arwah, cari ustazah kiah. Nanti ustazah kiah uruskan". Pesan mak ini, mama turuti, dan Alhamdulillah sempat memberi nama arwah padanya untuk di buat badal haji. Masa itu, lagi beberapa hari je pemberian nama akan ditutup. Jika niat yang baik, Allah akan permudahkan urusan kita. Janji Allah itu PASTI.

Ni hasil carian dgn pakcik google mengenai badal haji ni..

Badal ertinya 'ganti','pengganti' atau yang 'digantikan. Oleh itu, badal haji membawa maksud 'menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu seperti penyakit, usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan kesemua Rukun Islam.
Barang siap yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia tidak dapat melakukannya, maka dia harus meminta orang lain untuk menghajikannya. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Fadl bin Abbas ra. Bahwa seorang wanita dari Bani Khats'am berkata, " Wahai Rasulullah SAW. Sesungguhnya Allah telah meeajibkan haji kepada hambaNya. Bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakh boleh aku menghajikannya?" Rasulullah SAW menjawab, "BOLEH". Ini pendapat Imam Syafi'i, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah. Sementara Imam Malik berkata, "Tidak Wajib".

Apabila seorang yang sakit setelah dihajikan sembuh, maka kewajiban hajinya tidak gugur. Yang bersangkutan wajib mengulanginya. Menurut Imam Ahmad, kewajibannya telah gugur. Barangsiapa yang melaksanakan haji nazar sementara dia belum melaksanakan haji Islamnya, maka haji nazarnya itu di balas sebagai haji Islam dan setelah itu, ia harus menunaikan haji nazarnya. Barangsiapa yang meninggal dunia, belum melaksanakan haji Islam atau haji naza, maka walinya wajib menunaikan haji tersebut dengan biaya harta si mati. Ini pendapat ulama Syafi'i dan Hambali.


Ulama Hanafi dan Maliki berpendapat, "Ahli waris tidak wajib menghajikan si mayit kecuali jika si mayit mewasiatkannya, maka ia dihajikan dengan biaya tidak lebih dari sepertiga harta warisan."

Orang yang melaksanakan haji badal disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahwa Rasulullah saw. mendengar seorang laki-laki berkata, "Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah." Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?" Ia menjawab, "Belum." Beliau bersabda, "Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah.


Sijil Badal Haji Arwah Syahrul Azwan Bin Ismail


Mak mewakilkan untuk mengambil sijil badal haji. terima kasih mak

Sekian perkongsian utk hari ini. Jumpa lagi, sayonara !!

Ahad, 21 Januari 2018

Sabar itu Indah

Assalamualaikum semua..


Pagi2 dah update blog...haha
Bila mana hati x keruan, hanya Allah yang dapat membantu.




Anak ini...yang membuatkan mama kehilangan kata2, membuatkan mama sendu di pagi hari. Ntah kenapa anak ini berubah sekelip mata. Kerasnya hati mu duhai anak.


Ya Allah,
Kau lembutkanlah hati2 anak2 ku
Lindungilah mereka
Berikan keimanan ke dalam hati mereka
Ya Allah,
Permudahkan urusan anak2ku
Perbaikkan tutur bicara dan tingkah laku mereka
Perindahkan akhlak mereka
Ya Allah
Hanya kepada Mu aku memohon pertolongan
Permudahkan anak2ku menerima pelajaran mereka
Kau bukakanlah pintu2 ingatan dan mudahkan anak2ku dalam menerima pelajaran mereka
Ya Allah,
Hanya kepadaMu aku berharap
Tetapkan iman buat kami
Jadikan aku, anak2 ku dan zuriat keturunanku dalam golongan yang tetap mendirikan solat
Hanya kepadaMu aku bergantung harapan
Lindungilah kami


Ya Allah,
Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Perkenankanlah permintaan hamba Mu ini.


Aamiin

Selasa, 16 Januari 2018

Tahun Baru 2018

Assalamualaikum semua

Lama nau mama ayu x bersiaran, bukan x de benda nak cerita tp kekangan masa yang terlalu bz nye + nak menulis pun perlukan idea kan...haha. Mood menulis tak mari lor 💃
ok lah, kang berabuk pulak blog ni.

Rasa-rasa macam nak tulis cerpen ke, puisi ke, novel?...hmmm tgklah nanti kalau diberi kesempatan. Rasanya masih tidak terlambat untuk mama ayu ucapkan welcome tahun 2018, selamat tinggal tahun 2017 yg pastinya meninggalkan seribu kenangan dalam hidup ini. 

Sebenarnya, apa jua dugaan, kisah suka duka yang kita lalui, tanda kasihnya Allah pada hambaNya. Kita harus bersyukur apabila diberi kenikmatan hidup di dunia ini. Pengalaman menjadikan manusia lebih tabah dan mematangkan fikiran. Semoga tahun ini dan tahun2 akan datang memberikan sinar baru dalam kehidupan harian kita.

Bila kita resah...ingatlah Allah
Bila kita diuji...ingatlah Allah
Bila kita gembira...ingatlah Allah

Apapun yang kita lakukan, ingatlah Allah. Yakin lah bahawa Allah ada untuk menjaga kita.

Ya Allah,

"Jadikan aku, anak-anakku dan zuriat keturunanku golongan yang tetap mendirikan solat. Perkenankan permintaanku ini." Aamiin

Jumpa lagi di lain bicara. Sayonara !!