UPKK bagi tahun 2017 telah melabuhkan tirainya. Keputusan pun dah keluar semalam. Keputusan boleh didapati melalui online atau pun SMS. Maka, berlumba-lumba lah mak bapak check keputusan anak masing-masing. hehe. Tak terkecuali jugak lah mama ayu kan. Bukan sebab tak sabar tapi sebagai ibu, kena amek berat kebajikan anak-anak. Walaupun mama ayu tahu tahap IQ anak-anak ni, maka dengan senang hati mama dah redha apa sahaja keputusan yang dak kembar dapat. Alhamdulillah ada jugak lah bayangan A yang timbul...hihi
Mama mengharapkan anak-anak mengikut jejak langkah mama satu hari nanti. Belajar kena score anak-anak. Bukan setakat cukup makan je. Dan selepas ini, mama kena buat sesuatu untuk perkembangan minda anak-anak. Nak kena buat experiment macam abangnya dak awie masa amek UPSR dulu. Pesan mama, study kena smart bukan study hard, nanti kalau keputusan tak memuaskan kita yang akan kecewa nanti.
Check keputusan online - hanya masukkan IC sahaja & akan terpaparlah keputusan si anak tadi
Check melalui SMS - mama cuba tp tak lepas2 pulak...sudahnya guna ONLINE jek
Kelas dak Imin - 5 Omar
Kelas Iman - 5 Osman
Pelajar yang mendapat straight A - 8A, Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar dan pada ibu bapa pelajar
Dikesempatan ini, mama ayu nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru SRA Jalan Kapar Batu 4 kerana telah mendidik anak2 dengan jayanya. Walaupun keputusan ini sebagai tali pengukur tahap kecemerlangan anak-anak, yang mana tidak berjaya tu, jangan cepat putus asa. Masih ada masa dan ruang untuk memperbaiki diri dan pembelajaran.
#don't giveup
#mamatauanak2mamathebest
#uallcandoit
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan