Jumaat, 26 Januari 2018

Ajar anak buat kerja rumah

đź‘€Assalamualaikum.


Tengah buat ape tu? Hujan-hujan ni pekena goreng pisang pun sodap kan. Tapi mane pulak nak cari pisang goreng dalam opis ni. Pepagi tadi memang lah banyak kejenya, tetiba petang ni terasa sunyi lah pulak. Untunglah orang2 TM boleh balik separuh hari, hari ini. Tapi bahagian mama tidaklah terlipat dengan jadul baru tahun 2018 ni. Ada jugak kawan-kawan sekerja yang balik kul 4.00 petang. Seronok dengar dorang cerita sebab dapat masak, gosok baju sesambil tunggu anak balik sekolah. Kalau lah arwah masih ada, dah tentu mama pun nak join sekali balik kul 4. Tapi semua tu dah tinggal kenangan.

Eh eh...apalah yang mama ayu mengarut ni. Ok lah. Berbalik pada tajuk kat atas ni. Syukur alhamdulillah, anak2 mama ayu memang di didik untuk membuat kerja rumah sejak dari kecil. Mereka telah di didik untuk menggosok baju seawal darjah 2. So setiap hari, anak2 akan gosok baju sendiri untuk ke sekolah. Kakak yang sulong tugasnya sidai baju + sapu sampah & mop lantai, anak no 2 buang sampah, dak kembar tolong mama cuci pinggan lepas makan (ni kalau pas makan main letak je dalam sinki, kekadang tu ada masa pas makan masing2 kena basuh pinggan sendiri) dan yang bongsu tu kena kemaskan tilam. Cadar dan bantal yang berselerak tu kena kemaskan balik. Setiap anak ada tugas masing-masing. Jadinya, mama ayu cuma masakkan lauk pauk dan lipat baju kat rumah. See, senang kan. Bila kita berbagi tugas, yang kecil pun nampak mudah. Tak de lah mama ayu cepat penat. Kang kalau dah penat, membebel pulak mulut ni...huhuhu




Malam tadi giliran iman untuk cuci pinggan sampai habis sinki tu dia cuci
 

Bekalan yang dak bongsu - setiap hari nak bawak bekal tp duet belanja tetap kena bagi. Aci tak bagi duet belanja. Patutnya tak perlulah kan tapi still dia mintak jugak. Sebabnya balik sekolah petang nanti dia nak beli aiskrim dekat orang yang bwk motor tu. Siap lah dia nyanyi2..'mat cool mat cool kawanku'...hahaha




Menu of the day - masak lemak kobis, sambal udang & telor goring.

Itu aje pun nak cerita. Nak menulis panjang2 pun ade ke orang nak baca...hahaha
Pesan kawan mama ayu, "kak, kalau nak tulis blog - tulis je". Kan, orang baca @ tak, terpulang...sbb ini diari mama ayu.


Jumpa lagi, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan