Rabu, 28 Februari 2018

Impianku

Assalamualaikum semua..

Selamat pagi semua, moga sihat-sihat hendaknya dan ceria-ceria selalu. Redup je cuaca pagi ni, selembut angin pagi yang beralun lembut ke pipi. hehe. Hari ni ada sesi bersama CEO TM, nk umum bonus le tu...haha. Mudah-mudahan Allah berikan rezeki lebih tahun ni. 

Mama ni bukan lah pandai nk bermadah berhelah. Tapi menulis sekadar suka-suka. Mana tahu kan, ada jugak orang yang sudi singgah blog mama ni. Sedar tak sedar dah masuk bulan 3 di tahun 2018 ni. Sekejap je masa berlalu. Diam tak diam, nak masuk 40-an dah umur mama...huhu, dah tua ke? When people say 'life begins at 40'...betul ke ayat tu? haha. Nak masuk 4 series ni, tapi hati masih rasa muda. cewah..

Petikan di bawah ni mama ayu amek dari SINI

RAMAI tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. ALLAH SWT. berfirman,


حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah SAW.

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

“Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, ALLAH akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, ALLAH akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya.

Beruntunglah kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah. Impian mama ayu sebelum mencapai umur 40 ni, yang mana pernah terlintas di kotak fikiran dan hati :

1) nak mengerjakan UMRAH
2) nak GRADE - tamat pengajian di UTM
3) nak masukkan anak ke TAHFIZ
4) nak membahagiakan suami, anak-anak, mak, abah ( tapi Allah lebih dahulu telah menjemput suamiku, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman, aamiin)
5) nak melancong bersama keluarga

Pernah lah masa arwah ada lagi. Kami berbual..

Ayang : Abang, kalau anak-anak kita dah besar, apa kita nak buat ye...menghabiskan masa lapang
Abang : Kita g jalan-jalan lah...melancong
Ayang : Yes, ayang teringin nk g Tembok Besar China, salah satu tempat keajaiban dunia.
Abang : Ok, satu hari nanti kita pergi

😢 semua itu tinggal kenangan je...

Apa-apapun, kehidupan harus diteruskan. Semua orang yang hidup di dunia akan diuji Allah. Tidak kira seberat mana atau sekcil manapun ujian, setiap kita tidak akan terlepas dari ujian Allah. Ujian itu menjadikan kita lebih TABAH. Ujian itu menDEWASAkan kita. Sama-samalah kita berpegang pada Al-Quran dan Sunnah. Semoga hati kita tetap dengan keIMANan kepada ALLAH.

Jumpa lagi, sayonara !!

Ahad, 25 Februari 2018

Peristiwa Cuti Raya Cina

Assalamualaikum semua...

Moga hari-hari yang dilalui membawa kenangan terindah dalam hidup dan semoga urusan kita-kita dipermudahkan oleh Nya.Kalau ikutkan cerita, memang banyak je benda yg nak diceritakan tapi kekangan masa + idea nak menulis tu kemalasan sangat. Tapi mama gagahkan juga utk menulis, kalau tidak...mau berhabuk blog ni kan hehe

Ok lah, nk cerita corat coret percutian tahun baru cina baru-baru ini. Almaklum lah anak2 dah start cuti sekolah pada hari Khamis hingga Selasa so mama pun amek kesempatan utk pulang ke kampung di Melaka. Masa ni dh janji ngan adik beradik yg lain tp alih2...tinggal lah family mama ayu & adik bongsu je yang pulang ke kampung. Yang lain2 tak dapat balik sebab masalah yg tidak dpt dielakkan. Kami pun berangkat ke Melaka pada malam Khamis tu, usai solat Isyak baru gerak. Janji ngan adik bongsu jumpa di R&R Seremban. Anak yg no 2 tak ikut sekali sebab ada training Bomba. Maklumlah nk dekat2 pertandingan kawad kaki, memang selalu lah kena hadir latihan. Cuti2 pun ada latihan & sib baik ada kawan yg menemaninya di rumah. Perjalanan kami sekeluarga lancar je mlm tu. Tak de lah kami nak meredah jem di cuti hari raya cina kali ini. My adik bongsu bawak mak sekali bersama 2 anak buah, anak adik no 5 sebab kete kosong kan. Abah tak ikut sekali sbb nak naik moto, senang ke sana ke mari katanya. Kami sampai di kampung halaman pada pukul 1230 mlm. Sesampai ke kemas sikit2 kt rumah tu, pastu tido lah kan. Udah lewat malam.

Esoknya pepagi lagi dh bwk mak g Pasar Merlimau. Beli lauk untuk makan tengahari. Sebab Jumaat tu perayaan Hari Raya Cina, banyak kedai yg tutup. Kat pasar pun ada 2-3 kedai je yang bukak. Nak cari sarapan pagi pun susah disebabkan kedai banyak yang tutup. Pas solat Jumaat, abah call nk bertolak dari KL ke Melaka. Macam biasa kalau kt kampung, tengok nenek, borak2 dengan pakcik makcik + jenjalan g pantai dan jugak jjcm. Kat Melaka ni banyak sangat makanan2 viral kt FB. Tinggal nk carik jek. haha. Hari Sabtu dah janji ngan mak & wany nk g shopping kt Jusco. Waktu berlalu, sesambil tunggu abah tapi dah dekat kul 6 abah tak sampai2. Mak pun call abah tanya kat mana, rupanya abah ada di hospital Melaka. Abah accident ngan kereta depan Zoo Melaka. Petang tu jugak bergegas kami ke hospital nak tengok keadaan abah. Sampai je hospital, tengok abah rileks je, boleh hisap rokok lagi 😌 . Abah kata malam tu abah kena minor operation kata kaki sebab jari kelingking tu dah terkulai. Sib baik abah memang belum makan, doktor suh abah puasa & malam nnt nak buat operation. 

Sebelum operation

Esok tu, pagi2 lepas subuh, mama bawak mak ke hospital. Abah dah selamat operation pukul 1 pagi tadi. 


Doktor masukkn besi kt jari kelingking, nampak tak batang besi terjulur tu. 


Selamat di bandage oleh doktor. 

Selepas tengok abah, kami pun balik. On the way balik tu singgah Telok Mas jap cari makanan. Anak2 kt rumah tu mesti lapar. Sempat jugaklah beli lauk utk di masak tengahari ni. Sebab dah janji ngan wany nk g shopping, mak bg green light bg mama & wany keluar berdua, sesambil tu mamang nak cari mesin basuh sebab masa arwah suami ada, mama dah g cari dgn dia tp x jumpa. Sebenarnya bukan x jumpa, tp sbb kami nak beli pastu terus leh bwk balik rumah...haha. Lagipun kalau nk order, bila pulak nak anto kan, kitorang bukannya duk sane, balik pun ntah sebulan sekali jek. Dalam 2 jam menyopping dlm jusco tu, mak pun call..kata uda dah sampai kg. Pastu mak suh terus g hospital, jumpa kat sane je nanti. Waktu melawat utk hari Sabtu Ahad pun panjang masanya, jadi selesa sikitlah. Parking pun senang je. Dan masa tu jugak ada insiden bebudak ni bergaduh. Aduh lalala. Macam2 betul lah perangai bebudak ni.


Rombongan ustazah Sham ke hospital...hehe


Gambar ni di ambil dari dalam bilik. Balik dari hospital, selesai proses pujuk memujuk dak kembar yg bergaduh tadi, lega lah rasanya & boleh berehat sekejap. Esok janji dengan dorg nak g tengok atok kt hospital.


With my luvly abah & mak



Hari kedua abah di hospital...



On the way balik hospital tu, singgah di Pantai Siring - jjcm pulak. Hajat di hati nak makan tahu sumbat tp dah habis pulak. Maklumlah hari minggu kan. Pengunjung ramai.


Yeay, misi mencari mesin basuh selesai. Terima kasih pada adik2 ku sebab berusaha mencari mesin basuh yang boleh terus bawak pulang. haha....pasni tak payah lah nak mendobi lagi. Dah complete dah barang2 kt rumah mak


Maka, cuti mama pun bersambung pada hari Isnin. oh ye, adik yg no 3 ni balik hari ahad malam tu, jem gilas betul. Bertolak kul 830 sampai Sg Buloh kul 3 pagi ko. Mama balik hari isnin malam tu, jalan tersangat lag clearnya kecuali masa sampai kt Bangi , ada jem sikit sbb accident. Tapi overall, ok lah. Pas hantar 2 org anak buah tu, terus shoot balik ke Klang.

Begitu lah macam2 peristiwa balik kampung tahun ni. Ada kisah lagi ni, kita sambung lain kali ye..

Jumpa lagi, sayonara !! 

Rabu, 14 Februari 2018

Pahit Akan Manis Akhirnya

Assalamualaikum..

Tajuk lagu kita ari ni...lalala, sape yang tahu lagu ni, cer angkat tangan sikit. hihi
Ikutkan lagu2 lama ni, banyak betul nostalgia nya kan? Penuh makna tersurat dan tersirat. Mama suka betul dengar lagu zaman2 90-an dulu. Sedapnya kalau nak dengar. Kira2, dak awie pun sama gak, citarasa kami sama kalau nak dicomparekan dengan dak wany. Asyik layan lagu KPOP & korea dia aje.

Alhamdulillah, banyak jugaklah urusan arwah suami yang dapat mama ayu selesaikan. Bukan mudah nak uruskan, setiap urusan memerlukan kesabaran dan komitment yang sangat tinggi. Pernah mama ayu menulis tentang urusan selepas kematian arwah suami. Selama 4 bulan menunggu dan pada bulan 11/2017 mama ayu dipanggil untuk bicara oleh Pejabat Tanah bagi tuntutan Harta Pesaka. Selepas perbicaraan tu, adalah sejumlah wang yang perlu dibayar kepada Pejabat Tanah. Ia mengikut nilai pesaka yang dinilaikan. Cara2 pengiraan harta pesaka boleh rujuk SINI. Selepas perbicaraan, mama kena tunggu surat kuasa daripada Pejabat Tanah atau dikenali sebagai JKPTG. Hal ini mengambil masa dalam 1-2 bulan jugaklah. Kira 2 minggu sekali kena followup, kalau tidak..memang lambatlah prosesnya. Dan hujung bulan satu tahun ini, dapatlah mama ayu surat yang ditunggu2.

Selepas dapat je surat tu, satu persatu urusan perlu diselesaikan. Oh ye, masa mama ayu dipanggil pada hari perbicaraan, kakak ipar & adik ipar menemani dan menjadi saksi dihari perbicaraan itu. Mama ucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka kerana telah memudahkan urusan mama. 

Dan yang paling mama tak sangka, loan rumah mama & arwah suami telah habis dibayar oleh pihak insurans. Allahuakbar, betapa besarnya kasih sayang Allah. Tertanya2 jugaklah mama ayu time ni, macamane leh jadi lagu tu kan. Sebab biasanya kalau submit loan 2 nama, if sorang meninggal, yang lagi sorang tu kena bayar. So mama rasa miracle happen kan...itu lah keajaiban bila kita bergantung sepenuhnya pada Allah SWT. Allah jualah tempat kita mengadu selain dengan mak abah dan anak2.

Kredit to mr google

Yakinlah pada Allah, kerana Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Sampai di sini saja, jumpa lagi di lain bicara. Sayonara !!

Khamis, 8 Februari 2018

Anak Kembar

Assalamualaikum


Salam Jumaat yg penuh barakah. Moga hari-hari yang kita lalui mendapat redha Allah. Betapa pantasnya masa berlalu sekarang ni kan. Diam x diam, dah masuk 12 tahun dah dak kembar. Pas ni leh buat IC dah....hehe. Mama ucapkan Selamat Hari Lahir buat anak2 mama, Mohamad Syahiman dan Mohamad Syahimin. Semoga membesar menjadi anak2 yang soleh dan berjaya dunia akhirat. Mama memang teringin sangat nak masukkan dorang kat sekolah tahfiz. Moga Allah kabulkan permintaan mama ni. In Shaa Allah.



Hari ini 9/2/2018 merupakan hari lahir dak kembar mama. 12 tahun yang lalu, 9/2/2006 lahirlah mereka ke dunia ini. Allah bagi mama pengalaman melahirkan anak kembar dan syukur segalanya dipermudahkan. Dan setiap kali lahirnya anak2 mama, dari yang sulong sampai yang bongsu, mama dapat jugak khatam al-quran. Begitu indahnya bila kita diberi peluang yang sebegini. 

Dak kembar lahir pada waktu pagi. Sempat jugaklah mama solat subuh, lepas tu dah rasa sakit2. Kelahiran mereka memang tiada tanda. Tiada air atau darah yang keluar. Daripada rasa sakit tu, arwah suami terus bawak mama ke hospital. Wany & awie ditinggalkan di sekolah tadika. Masa tu sekolah tadika ni merangkap taska, anak2 ni.. mama  amek waktu petang selepas habis kerja. Sampai hospital dalam pukul 7 pagi camtu, kul 8.30 dah bersalin. Masa bersalin tu, dah teran ko..sorang hamba Allah keluar dari rahimku. Masa tu mama ingat sekali teran keluar dah dua2 tp rupanya baru sorang je keluar. Dan masa tu jugak cuma ada sorang misi je kt labour room. Once dah keluar baby yg 1st tu, rasa lega sesangat. Pastu misi yang merangkap bidan tu, pusingkan baby dlm kandungan. Bergolak rasa dalam perut masa ni. Rupanya bidan tu betulkan kedudukan baby, bagi kepala ke bawah. Ye lah kan, dua baby duk dalam perut ni, satu kepala kt atas & satu kepala kat bawah. Kalau dua2 duk kt bawah, cmno pulak nak keluar kan. huhu. Pastu pulak mama tengok misi bidan tu rileks je. Dalam hati terpikir jugak lah..."eh, bila pulak lagi sorang nk keluar ni" tp nak tanye kang takut kena marah. haha. Pas 4 minit berlalu, tetiba rasa sakit pulak. Misi pun suh teran lagi sekali utk kali kedua. Maka, keluarlah my 2nd baby. Owh...cam tu kejadiannya. Baby2 tu x keluar dengan sendirinya eh. Kita mak2 lah yang kena push utk keluarkan baby. Dan tak semua mak2 mempunyai pengalaman melahirkan sama ye. Kena ingat tu. Ada yang mudah & ada juga yang hadapi kesukaran sewaktu melahirkan. Banyak2 lah berdoa moga Allah permudahkan proses kelahiran anak2 ini.

Alhamdulillah. Mama dah rasa melahirkan 5 orang anak dan ditemani oleh en suami. Setiap proses kelahiran memang tidak sama. Lebih2 lagi utk anak sulong, 1st baby. Sebab ye lah..kita tak pernah rasa macamane keadaan melahirkan anak waktu tu. Utk yang kedua dan seterusnya, kita dah ada pengalaman dan sedikit sebanyak kita telah belajar daripada penjagaan anak yang pertama tadi kan. So mak2 & bapa2 sekalian, sayangilah anak2. Perit jerih kita melahirkan biarlah Allah saja yang membalasnya. Anak2 dikurniakan Allah kepada kita untuk disayangi dan dijaga amanah ini. Satu saat dan ketika, kita tidak tahu bila Allah akan tarik semula nikmat itu. Mereka ada pinjaman daripada Allah kepada kita, maka jagalah mereka sebaik2nya.

oklah, banyak pulak mama ayu menceceh ye...moh le layan gambar dak kembar ni









Gambar dari mr google ..Aamiin

Sampai sini dulu ye...jumpa lagi, sayonara !!