Moga hari-hari yang dilalui membawa kenangan terindah dalam hidup dan semoga urusan kita-kita dipermudahkan oleh Nya.Kalau ikutkan cerita, memang banyak je benda yg nak diceritakan tapi kekangan masa + idea nak menulis tu kemalasan sangat. Tapi mama gagahkan juga utk menulis, kalau tidak...mau berhabuk blog ni kan hehe
Ok lah, nk cerita corat coret percutian tahun baru cina baru-baru ini. Almaklum lah anak2 dah start cuti sekolah pada hari Khamis hingga Selasa so mama pun amek kesempatan utk pulang ke kampung di Melaka. Masa ni dh janji ngan adik beradik yg lain tp alih2...tinggal lah family mama ayu & adik bongsu je yang pulang ke kampung. Yang lain2 tak dapat balik sebab masalah yg tidak dpt dielakkan. Kami pun berangkat ke Melaka pada malam Khamis tu, usai solat Isyak baru gerak. Janji ngan adik bongsu jumpa di R&R Seremban. Anak yg no 2 tak ikut sekali sebab ada training Bomba. Maklumlah nk dekat2 pertandingan kawad kaki, memang selalu lah kena hadir latihan. Cuti2 pun ada latihan & sib baik ada kawan yg menemaninya di rumah. Perjalanan kami sekeluarga lancar je mlm tu. Tak de lah kami nak meredah jem di cuti hari raya cina kali ini. My adik bongsu bawak mak sekali bersama 2 anak buah, anak adik no 5 sebab kete kosong kan. Abah tak ikut sekali sbb nak naik moto, senang ke sana ke mari katanya. Kami sampai di kampung halaman pada pukul 1230 mlm. Sesampai ke kemas sikit2 kt rumah tu, pastu tido lah kan. Udah lewat malam.
Esoknya pepagi lagi dh bwk mak g Pasar Merlimau. Beli lauk untuk makan tengahari. Sebab Jumaat tu perayaan Hari Raya Cina, banyak kedai yg tutup. Kat pasar pun ada 2-3 kedai je yang bukak. Nak cari sarapan pagi pun susah disebabkan kedai banyak yang tutup. Pas solat Jumaat, abah call nk bertolak dari KL ke Melaka. Macam biasa kalau kt kampung, tengok nenek, borak2 dengan pakcik makcik + jenjalan g pantai dan jugak jjcm. Kat Melaka ni banyak sangat makanan2 viral kt FB. Tinggal nk carik jek. haha. Hari Sabtu dah janji ngan mak & wany nk g shopping kt Jusco. Waktu berlalu, sesambil tunggu abah tapi dah dekat kul 6 abah tak sampai2. Mak pun call abah tanya kat mana, rupanya abah ada di hospital Melaka. Abah accident ngan kereta depan Zoo Melaka. Petang tu jugak bergegas kami ke hospital nak tengok keadaan abah. Sampai je hospital, tengok abah rileks je, boleh hisap rokok lagi 😌 . Abah kata malam tu abah kena minor operation kata kaki sebab jari kelingking tu dah terkulai. Sib baik abah memang belum makan, doktor suh abah puasa & malam nnt nak buat operation.
Sebelum operation
Esok tu, pagi2 lepas subuh, mama bawak mak ke hospital. Abah dah selamat operation pukul 1 pagi tadi.
Doktor masukkn besi kt jari kelingking, nampak tak batang besi terjulur tu.
Selamat di bandage oleh doktor.
Selepas tengok abah, kami pun balik. On the way balik tu singgah Telok Mas jap cari makanan. Anak2 kt rumah tu mesti lapar. Sempat jugaklah beli lauk utk di masak tengahari ni. Sebab dah janji ngan wany nk g shopping, mak bg green light bg mama & wany keluar berdua, sesambil tu mamang nak cari mesin basuh sebab masa arwah suami ada, mama dah g cari dgn dia tp x jumpa. Sebenarnya bukan x jumpa, tp sbb kami nak beli pastu terus leh bwk balik rumah...haha. Lagipun kalau nk order, bila pulak nak anto kan, kitorang bukannya duk sane, balik pun ntah sebulan sekali jek. Dalam 2 jam menyopping dlm jusco tu, mak pun call..kata uda dah sampai kg. Pastu mak suh terus g hospital, jumpa kat sane je nanti. Waktu melawat utk hari Sabtu Ahad pun panjang masanya, jadi selesa sikitlah. Parking pun senang je. Dan masa tu jugak ada insiden bebudak ni bergaduh. Aduh lalala. Macam2 betul lah perangai bebudak ni.
Rombongan ustazah Sham ke hospital...hehe
Gambar ni di ambil dari dalam bilik. Balik dari hospital, selesai proses pujuk memujuk dak kembar yg bergaduh tadi, lega lah rasanya & boleh berehat sekejap. Esok janji dengan dorg nak g tengok atok kt hospital.
With my luvly abah & mak
Hari kedua abah di hospital...
On the way balik hospital tu, singgah di Pantai Siring - jjcm pulak. Hajat di hati nak makan tahu sumbat tp dah habis pulak. Maklumlah hari minggu kan. Pengunjung ramai.
Yeay, misi mencari mesin basuh selesai. Terima kasih pada adik2 ku sebab berusaha mencari mesin basuh yang boleh terus bawak pulang. haha....pasni tak payah lah nak mendobi lagi. Dah complete dah barang2 kt rumah mak
Maka, cuti mama pun bersambung pada hari Isnin. oh ye, adik yg no 3 ni balik hari ahad malam tu, jem gilas betul. Bertolak kul 830 sampai Sg Buloh kul 3 pagi ko. Mama balik hari isnin malam tu, jalan tersangat lag clearnya kecuali masa sampai kt Bangi , ada jem sikit sbb accident. Tapi overall, ok lah. Pas hantar 2 org anak buah tu, terus shoot balik ke Klang.
Begitu lah macam2 peristiwa balik kampung tahun ni. Ada kisah lagi ni, kita sambung lain kali ye..
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan