Trobek balik masa cuti sekolah ari tu...memang dah rancang awal dengan family belah arwah nak g Tok Bali, Kelantan. Kita jalan-jalan dalam Semenanjung je lah ye anak-anak. Mama belum di beri kekuatan untuk bawa jenjalan jauh-jauh lebih-lebih lagi nak naik kapal terbang ni. Next time yo!
Sebab mama yang jadi co-pilot, maka semua gambar ni ehsan dari ipar duai & anak buah. Dak wany tak mau nye dia nak amek-amek gambar ni. Percutian kali ni, kami book di Permai Resort & Rest House, Tok Bali, Bachok, Kelantan. Adik ipar yang bongsu dah book awal so senang lah urusan di sana. So kami ni kalau bercuti, memang semua ke enam-enam keluarga aakan ada bersama-sama. Dah namanya pun family trip kan, semua wajib ada hehe. Jom le layan gambar..
Gambar dari blog Permai Resort & Rest House
Family sea view, mama ni kalau pilih bilik...suka yang mengadap pantai. Bilik kitorang yang papan tu. Memang sengaja pilih sebab nak rasa rumah kayu ala-ala tradisional. So far, memang tidak mengecewakan cuma bilik air x de sinki. Tapi overall ok lah utk the whole family mama ayu. Dak kembar siap bawak sleeping beg. Dorang tido bawah je...huhu
Kami bertolak dari rumah selepas subuh, jumpa yang lain-lain di Genting Sempah. Mama sampai dalam kul 8 pagi camtu, terpaksalah yang lain-lain tu tunggu kami anak beranak. 😊
Kami ikut highway LPT2. Bertolak dari Genting Sempah kul 830am, sampai kt tempat yang dituju dalam kul 3 ptg camtu. Biasa lah kan, kalau ikut rombongan keisha ni & bawak anak-anak, memang banyak lah tempat persinggahan. Sampai je kt resort, acara pertama kena amek gambar dulu kat pantai. hihi
Pagi tu kami gerak 3 kereta je...lagi 2 family dah ada kat sana. Yang bongsu tu, suaminya memang org Kelantan, yang no 2 ada kenduri hari sabtu. Memang sejalan lah kan. Ni tunggu masa utk check in.
Pas check in, kita cari makan dulu. Kat area ni, nak cari makan tak susah mana pun. Kiri kanan banyak nau tempat makan...dan harga pun murah-murah je. Kitorang makan nasi ayam + air RM3 jek per set. Siap dapat makan tembikai free lagi 😃
Pas makan, yang lelaki prepare utk makan malam ala BBQ. Yang perempuan g cari barang-barang sikit utk masak.
Menu malam tu..ayam + kambing + sosej + burger...makan with nasi putih. Kebek-kebek album, tak nampak pulak gambar time makan-makan.
Keesokan paginya pulak....sarapan nasi goreng + sambal sardin
Acara dimulakan dengan senam robik ramai-ramai..
Sporting nye anak-anak
Ni dia instructor untuk senam robik pagi ini...gigih ko, lama tak buat senam robik.
Acara ke dua, boling buah kelapa haha - beria-ia nau mama baling buah kelapa, tapi tak kena pun...huaaa
Acara ke-3 , bawak air dalam cawan. Group mana yang dapat tampung air, di kira sebagai pemenang. So sape pemenangnya...dah tentulah group ggirl kan...haha
Acara ke -4 , masukkan air dalam botol
Yang ni acara tambahan...setiap keluarga kena buat sambungan menggunakan apa sahaja bahan asalkan sambungan tak putus.
Ni lah satu-satunya acara yang ada hadiah...yang lain-lain tu suka suki aje lah ye..sebenarnya memang tak sempat pun nak cari hadiah..sebab last minit semua bizi. Apa-ape pun, kami semua enjoy...lalala
Pas habis acara, mandi manda pulak. Bebudak ni kena tengok dorang mandi pantai. Tak boleh lepa sbb pantai kat sini kira tak berapa selamatlah. Masa ni pun ada 3 orang mati lemas. Awal-awal dah ada papan tanda dilarang mandi pantai tapi sebab budak-budak kan, mana mau nya. Masa ni gigihlah maklong dorang tengok-tengokkan bebudak ni mandi kat pantai. huhu
Hari ke-2, pas acara sukaneka & mandi manda..pas zohor kami g makan. Tapi masa ni mama sefamily tak ikut. Kami ke Kok Lanas sebab memenuhi jemputan kenduri kesyukuran di rumah member. Sesambil tu g melawat lah tempat belajar mama dulu
Setelah lebih 20 tahun, sampai gak mama kat sini 💖
Aktiviti petang - menghabiskan sisa-sia waktu yang ada. Esok nak balik dah...
Esoknya...tamat dah percutian kami 3 hari 2 malam di Tok Bali, Kelantan. Makan memang sodap-sodap kat sini, murah pulak tu. Ntah bila pulak nak datang sini lagi. Yang penting, ukhuwah yang terjalin dengan adik beradik arwah suami berkekalan sampai bila-bila.
Sampai sini coretan pagi. Jumpa lagi ye, sayonara !!