Pernah tak kita terfikir, apa yang berlaku dalam hidup ini merupakan ujian daripada Allah untuk hamba Nya. Ujian mengajar kita erti SABAR, mengajar kita erti REDHA, mengajar kita erti KEIKHLASAN, mengajar kita erti BERSYUKUR dan bermacam lagi perasaan yang wujud di hati. Ada orang kata, 'BIAR MULUT JAHAT, ASALKAN HATI BAIK DARIPADA MULUT BAIK TAPI HATI JAHAT' ? tetapi dalam ISLAM tiada istilah macam tu. Sebenarnya apa yang keluar dari mulut kita ni datangnya dari hati. Hati yang bersih tidak akan mengatakan sesuatu yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Maka, jagalah hati kerana hati yang baik tidak akan berkata perkataan yang tidak baik.
eh...jauh menyimpang pulak.
Gambar kredit to mr google
Apabila diri di uji Allah dengan pemergian suami tersayang, ketahanan diri dari segi mental dan fizikal kena kuat. Sometimes, apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, memang ada petunjuk yang Allah nak beri cuma antara kita sedar ataupun tidak. Apa yang penting, kita muhasabah diri, muhasabah diri kita sendiri sebelum kita nak bermuhasabah dengan anak-anak dan orang lain. Allahu, betapa perasaan itu tidak tergambar dek kata-kata. Hanya orang yang pernah melalui sahaja yang tahu. Sebab tu ada pepatah yg mengatakan, 'ko tak tahu apa yang aku rasa, bila ko rasa nanti..baru ko tahu'. Eh , macam nak membalas pulak ayat ni kan. Tapi itu lah lumrahnya manusia. Manusia akan sedar bila dia mengalami situasi yang pernah orang lain alaminya dulu. Maka, sama-samalah kita berdoa supaya musibah yang melanda tidak terkena kepada kita dan keluarga kita.
Gambar kredit to mr google
Dengan ujian ini juga, menjadikan manusia lebih mengenal pencipta Nya. Ujian jika di pandang dari sudut positif, akan memberi impak yang besar dalam kehidupan kita. Kita tidak tahu bila kita akan pergi selamanya. Dan disebabkan ujian ini menjadikan hidup lebih bermakna. Makna dalam erti mengenal KASIH SAYANG, CINTA dan RINDU. Rindu pada yang telah tiada, kasih sayang pada diri, anak-anak dan keluarga, dan cinta kepada Allah. Ujian mendidik kita untuk bangun malam, bermunajat kepada Allah. Yakinlah dengan tahajud, sesungguhnya Allah Maha Mendengar. Allah rindukan tangisan kita, Allah rindukan keluh kesah daripada kita sebagai hamba Nya. Mohon lah apa sahaja pada Allah, nescaya akan dikabulkan permintaan kita. Kerana janji Allah itu pasti. Firman Allah SWT, "Bermohonlah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan setiap permohonan kamu". Betapa cinta dan kasih sayangnya Allah kepada kita sebagai hamba Nya.
Hidup ini akhirat yang kita cari. Firman Allah SWT, "kejarlah akhirat, maka dunia akan mengikuti". Bersama-samalah kita mencari keredhaan Allah. Semoga segala amalan kita direstui Nya.
Sekian, jumpa lagi. Sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan