Jumaat, 16 Mac 2018

Its My Birthday

Assalamualaikum..

13/3/1978 - 13/3/2018 

Maka genaplah umurku 40 tahun. Lahirnya seorang puteri ke dalam keluargaku dan aku anak no-2...dah masuk 4 series pun, banyak benda lagi yang belum tertunai. Impian dan harapan, semoga Allah memudahkan dan mengkabulkan DOA ku.

ok lah, tak nak cite banyak...sbb banyak event yang terjadi pada hari ini 13/3..Seperti kebiasaan, setiap kali mama punya birthday, mama akan cuti...ingatkan cuti leh rehat tapi x boleh jugak. Banyak pulak perkara berlaku pada hari itu..moh le layan gambar ye


Sesekali kita cari kelainan pulak. Kek pulut kuning ni mama tempah khas dgn member opis. Cantik kan. Pandai dia buat, oh ye...ni member lelaki yg buat tau. Budak2 lelaki TM ni memang pandai masak tau...haha


Kasi can birthday boy ni potong kek. Sebab tarikh lahir kami sama, so sambut sama2 lah kt opis. Makan pulut kuning lawan ngan kari ayam...perghhh, sodap ter. Tapi gambar makanan x ingat nak snap sbb kt luar 😆


.
Gambar ramai-ramai. Dah tua pun ada orang nyanyikan lagi birthday. Terima kasih kawan-kawan, korang memang sporting


Ni event tengahari nye pulak...Surau SAH buat Majlis Perpisahan untuk AJK yang akan bersara dan berpindah. Makan nasi arab di D'Arab Cafe, Bandar Bukit Raja, Klang. Dapnye..


Me and all my friends


Enjoy the lunch


My bos with AJK Surau yang telah berpindah ke TM Shah Alam


Imam besar surau SAH yang akan bersara hujung bulan 5


Kak Yati - AJK surau yang akan bersara bulan 10 nanti


Kak Arpah juga telah berpindah di TM Shah Alam


Barisan AJK Surau SAH yang telah menerajui kepimpinan bg tahun 2016-2017

Peace yo !!

Pas je majlis kt Nasi Arab, terus mama gerak ke Bangsar. Tak sabar nak jumpa ngan mak. Mula2 tu ingatkan nak bawak mak g Bank Islam untuk tukar kad tapi mak tak nak pergi pulak. Adalah tu yang mak nak bualkan. Ye lah, bukan selalu dapat bersama kan. So, mama pun layankan aje permintaan Mak. Sayang mak ketat2...muah
Masa salam mak sebelum balik tu, mama buat permintaan kat mak. Suh mak d0akan mama dapat g umrah 😃. Doa ibu kan paling mujarab dalam dunia ni. Syukur lah doa mak ada untuk anak-anaknya. I luv u mak


Last but not least, sebab tekak teringin nak makan kek secret recipe...mama pun belilah untuk diri sendiri...hehe. ok lah, patutnya tulisan ME tu huruf kecik tau...mama dh tulis kat kertas tu " Happy Birthday to me"...hahaha...adoiiii

Sekian, ceritera buat hari ini. Mama doakan kita semua berjaya dunia dan akhirat. Nak share sikit tips untuk berjaya:

1) Untuk yang ada suami - dapatkan restu suami dalam apa jua yang kita buat

2) Masih ada ibu/bapa - minta ibu/bapa doakan untuk kejayaan kita dunia & akhirat ( jangan malu untuk cakap ngan mak kita, suh doakan untuk kita anaknya. Walaupun setiap hari mak kita akan berdoa, tapi kita sebagai anak boleh mintak kt mak untuk doakan kita) - sebab kadang2 kita terlupa, DOA ibu itu lebih mustajab.

3) Ingat Allah selalu, nescaya Allah akan ingat pada kita. Cuba untuk bangun malam di kala orang lain tengah nyenyak tido. Tak dapat buat hari-hari pun tidak mengapa, mungkin kita boleh amalkan sebulan sekali ataupun seminggu sekali. Bila dah start buat tu, in shaa Allah kita akan dapat amalkan hari-hari. Dan kita juga akan dapat merasakan kelazatan iman itu. Subhanallah.

Selamat beramal & jumpa lagi. Sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan