Sihat-sihat hendaknya. Moga hari-hari dilalui dengan kegembiraan dan keceriaan. Hari ni tetiba nak cerita sikit pasal suri rumah vs wanita bekerja. Nampak tak di situ, wanita bekerja ye, bukan wanita bekerjaya...ada beza di situ. Mama ayu ni seorang yang tidak boleh duduk di rumah. Agak-agak kalau duduk rumah asyik nak membuta je kejenya...haha. Ye lah kan, kenyang makan pastu tido...agak-agak rajin sikit kemas-kemas rumah, masak ke, pastu tengok tv. Ada masa tu, tv yang tengok kita balik kan sebab dah melentok kt kerusi malas. hihi
Pernah lah satu ketika dulu, ecece..soal mencari jodoh. Mama memang aim kalau nak dapat suami nanti, pandai main bola sepak, suka jalan-jalan dan yang paling utama say no to rokok. Dan dalam aim tadi kan, memang Allah jodohkan pada orang yang tidak hisap rokok.😄 Tu lah kan, Allah Maha Mendengar...walaupun begitu, jodohku itu tak main bola sepak...huhu. Dia aktif sepak takraw. Nampak tak kat situ, Allah tak bagi semua yang kita nak, tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Kekadang kita bercinta dengan orang ni tapi kawin dengan orang lain. Sebab semua takdir kita dah tertulis, begitu juga dengan jodoh dan pertemuan.
Okey lah, berbalik pada tajuk kat atas ni. Masa mama mula-mula kawen, mama ada cakap ngan en suami yang mama ni, jenis yang tidak boleh duduk rumah...so minta izin untuk terus bekerja dan en suami izinkan. Dan sampai sekarang masih terus bekerja 👀 . Sehinggalah pada satu saat, Allah menjemput en suami di penghujung Syawal tahun lepas. Sedihnya tidak dapat tertahan. Hanya Allah je tahu perasaan diketika itu. Ada jugak lah yang bercakap, 'nasib baiklah ko bekerja, adalah pendapatan untuk tanggung anak-anak'. Ye, itu adalah HIKMAH yang Allah beri kepadaku. Namun, ada tapi juga ye, bukan senang nak jaga amanah Allah ni (anak-anak), bermacam kerenah yang kita kena hadap sorang diri. Allahu, bersyukur kita lahir je dalam ISLAM. Betapa ISLAM itu telah mengajar kita erti SABAR, erti REDHA, erti TULUS dan IKHLAS. Banyak sungguh tuntutan ISLAM yang perlu dilakukan oleh waris bagi menguruskan hutang dan harta si mati. Ada yang memakan masa berbulan-bulan, dan ada yang bertahun-tahun pun belum selesai. Hanya yang mengalami je tahu perasaan dan pengalaman ini...IBU TUNGGAL (BALU).
Menjadi suri rumah adalah satu tanggungjawab yang mulia. Mama akui, untuk menjadi suri rumah memerlukan ketahanan mental yang tinggi dari segi rohani dan jasmani. Rohani dalam cara mendidik anak-anak, membelai dan memberikan kasih sayang dan jasmani dalam membentuk perilaku anak-anak bahkan diri kita sendiri. Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi suri rumah. Seawal pagi, menyiapkan bekalan anak-anak, menghantar anak ke sekolah, menyiapkan kerja-kerja rumah seperti membasuh, menggosok, melibat baju, memasak, menyapu lantai dan macam-macam kerja lagi. Tu belum lagi nak ambil anak dari sekolah, yang mana bersekolah dua sesi pagi dan petang, kerjanya ulang alik mengambil dan menghantar anak-anak. Perghhh...nak tulis ni pun mama dah rasa PENAT. Itu belum lagi nak buat kan...huhu. Dan di masa sekarang ni pun, dah ramai suri rumah yang cari pendapatan sendiri, buat online bisnes. Satu perkembangan era bisnes yang bagus, zaman teknologi digital, semuanya hanya di hujung jari. Dan telah ada suri rumah yang BERJAYA mengembangkan bisnes walaupun hanya dari rumah. Beruntung lah kamu suri rumah kerana dapat melihat anak-anak membesar di depan mata.
Bagi wanita bekerja pula, pun masih ada peranan ketika di rumah. Malah lebih banyak lagi kerja dan tuntutan yang perlu dilakukan, cuma nya wanita bekerja mempunyai masa yang sedikit untuk bersama anak-anak, sama ada di waktu petang hingga malam ataupun pada waktu cuti hujung minggu ataupun cuti sekolah. Sebab itu, ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan bercuti pada waktu-waktu ini semata-mata ingin bersama anak-anak dan keluarga. Sungguh pun begitu, wanita bekerja masih lagi perlu menguruskan hal rumah tangga seperti memasak, mengemas rumah dan lain-lain.
Kesimpulannya di sini, samada kita seorang SURI RUMAH atau WANITA BEKERJA, pandai-pandai lah kita menguruskan masa. Masa sangat penting kerana bila masa telah berlalu, kita tidak dapat memutarnya kembali. Yang pergi akan pergi dan tidak mungkin akan kembali. Yang hidup, perlu meneruskan hidup berlandaskan hukum ISLAM.
Sekian celotehku buat hari ini. Sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan