Jumaat, 16 Mac 2018

Grab Promo Sushi King

Assalamualaikum

Eh korang tahu tak yang Sushi King setiap tahun akan buat promosi. Tapi promosi ni khas untuk ahli member kad Sushi King sahaja ye..so sape-sape penggemar sushi ni, jangan lepaskan peluang keemasan ni. 


Promo setiap pinggan RM3 sape yang tak nak grab kan...haha


Kami makan di AEON Shah Alam. Sesambil beratur tu, kita amek gambar dulu. Daripada rancangan 2 minggu lepas, ingatkan tak jadi tapi sebab ada orang tu dah terbayang-bayang sushi ni, maka moh le kita


Sebab malas nak beratur panjang tunggu turn, kitorang decide duduk kt tempat yang biasa aje. Order kt situ so tak dapatlah nak tengok sushi bergerak...huhu. Tak kisah lah kan, asalkan perut kenyang. Nampak tak ggirl yang pakai spek tu, tu lah mak budak yang hantu sushi. Hahaha, jgn marah eh farah


Amekkaw...hasil menternak lemak hihi


Ok, sangat puas hati makan kali ini. Next time kena bawak anak-anak pulak grab promo ni. Harga berbaloi-baloi wei...ingatkan keesokkannya nak pergi tapi sebab dak Iman demam panaslah pulak, maka mama tunda lah next time ye anak-anak. Lagi pun cuti sekolah ni, kita nak berjalan-jalan ke Kelantan.

Sampai sini sahaja. Sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan