Selasa, 31 Disember 2019

Aku wanita tabah

Assalamualaikum semua…


Selamat bercuti, tahun baru 2020 memang tidaklah aku menyambutnya. Lebih baik tidur dari bersesak-sesak dengan orang ramai semata-mata nak tengok bunga api 😂 Lagipun bukan tak pernah merasa semua itu kan...zaman berlalu tahun demi tahun, manusia pun berubah dari masa ke semasa.

So...ok lah, no heart feeling & happy working. Apapun yang bakal berlaku, aku berdoa semoga Allah lebih menyayangiku. Aku redha dengan ketentuan Nya dan aku yakin Allah ingin menaikkan darjatku. Apapun yang aku lakukan semuanya niat kerana Allah. 

Kerana kedegilanku…

~ Aku menganggap semua dugaan yang terjadi pasti ada hikmahnya. Aku perlu menerima setiap takdir Allah itu dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

~ Anak-anak adalah amanah Allah untuk aku jaga. Biar perit mana sekalipun, aku akan berusaha untuk membahagiakan mereka dan aku tidak akan sekali merayu pada orang untuk meminta pertolongan. Janji Allah itu lebih BESAR nikmatnya bila aku lebih berSYUKUR.

~ Aku sanggup bangun malam untuk mengejar syurga Firdaus. Biarlah aku bersusah payah di dunia untuk kesenangan di akhirat. Moga aku terus istiqamah dalam melakukan ibadahku. Terima kasih Allah kerana Kau Maha Mendengar dan Maha Menyayangi.

~ Terima kasih buat mak & abah kerana sentiasa mendoakan aku. Aku bukan tidak mahu menceritakan masalahku kepada mereka tapi aku tidak mahu membebani mereka dengan permasalahan yang aku hadapi. Aku akan cuba hadapi walau apapun cabaran dan rintangan yang mendatang.

~ Aku tak kisah membuat kerja di luar kemampuanku asalkan gaji yang aku perolehi itu mendapat keberkatan.

~ Aku tak kisah apapun yang orang nak cerita baik buruk di belakangku kerana aku tahu Allah itu sangat sayang kepadaku dan aku serahkan seluruh hidupku untuk menjadi hamba Allah yang setia, menjadi umat Nabi Muhammad SAW dan tetap berpegang teguh dengan ISLAM.

Ya Allah...semua ini tidak mungkin dapat aku capai melainkan dengan kehendak Mu jua. Lindungilah aku walau dimana aku berada, lindungi anak-anakku, kedua ibu bapaku, adik beradikku dan seluruh umat muslimin dan muslimat di dunia ini.

Jadikan aku, anak-anakku dan zuriat keturunanku dalam golongan yang mendirikan solat. Perkenankan lah permintaan ku ini.

Aamiin.

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahuakbar...

Jumpa lagi, sayonara !!

Isnin, 30 Disember 2019

La Tahzan (Usah Bersedih)

Assalamualaikum semua

Dua kali hari ni aku menulis...sedihnyaaaaaa😭
Aku ni kalau melibatkan soal anak-anak, memang aku sensitif. Sebelum rehat tadi, dapat panggilan dari pihak Peyakin Klang. Mereka cakap dak kembar tak boleh datang ke asrama esok. Sepatutnya dalam jadual, aku perlu hantar dak kembar tu esok dalam pukul 230 petang. Alih-alih mereka cakap dak kembar kena duduk di rumah. Ada masalah di Peyakin. Ntah lah...aku pun tidak lah bertanya banyak sebab ini melibatkan pengurusan mereka.

Dan yang paling teruk aku rasakan...macamana nak handle persekolahan dak kembar ni. Dengan transportnya lagi, beli buku lagi, yang semuanya perlu di buat last minit 😢😢😢 huwaaaa...aku perlukan bahu untuk aku bersandar.

Dugaan apakah ini? aku harap aku kuat untuk menghadapinya. aku harap Allah beri aku ketabahan untuk mengatasinya. aku perlukan pertolongan Mu Ya Allah. Bantu lah aku hamba Mu yang lemah ini. Permudahkanlah urusanku, redhai lah aku Ya Allah. Aamiin

😭😭😭😭😭😭😭


Ahad, 29 Disember 2019

Lagu Ya Maulana - Sabyan


Assalamualaikum semua…


Ceriakan pagi ini dengan bertasbih. Moga hari-hari yang mendatang lebih indah dari sebelumnya. Apa yang penting, kita panjatkan doa kepada Allah, moga Allah SWT merahmati hidup kita semua.

Salah satu lagu yang amat terkesan dalam diri aku. Aku harap pengakhiran hidupku dalam keadaan khusnul khatimah. Aamiin


Dengan kasih Mu Ya Robbi, berkahi hidup ini
Dengan cinta Mu Ya Robbi, damaikan mati ini


Saat salahku melangkah, gelap hati penuh dosa
Beriku jalan berarah, temui Mu di syurga


Terima sembah sujudku, terimalah doaku
Terima sembah sujudku, izinkan ku bertaubat


Maulana Ya Maulana, Ya sami’ duana
Maulana Ya Maulana, Ya sami’ duana

Maulana Ya Maulana, Ya sami’ duana
Maulana Ya Maulana, Ya sami’ duana


Saat salahku melangkah, gelap hati penuh dosa
Beriku jalan berarah, temui Mu di syurga


Terima sembah sujudku, terimalah doaku
Terima sembah sujudku, izinkan ku bertaubat


Sesungguhnya, apa jua perancangan Allah adalah yang terbaik. Setiap pertemuan dan perpisahan itu, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Kita sebagai manusia perlu redha dan mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku. Andai kita tersesat jalan, maka pulanglah ke pangkal jalan. Cari redha Allah dan hidup kita akan diberkati dan dipermudahkan oleh Nya.

Jumpa lagi, sayonara !!



Jumaat, 27 Disember 2019

Majlis Pertunangan Anak Buah Pertama

Assalamualaikum semua…

Pagi ni kita layan gambar je lah...malas nak tulis panjang-panjang…


My simple touch

Dewan kecil utk majlis bertunang...owh ye, nape majlis bertunang buat kat dewan D'Saji ni? Sebab mak bapak belah perempuan keje kat sini so selesa lah buat kat sini

Hanya kami...anak-anak yang lain ada Kursus Jati Diri untuk anak2 Yatim di KSCC anjuran Masjid Batu 4 Jalan Kapar so dorang tak dpt nak ikut sekali



Sepanjang majlis berlangsung

Sarung cincin






Bergambar family

Tinggal dua beradik lelaki...kalaulah abang masih ada...RINDU pulak 😭






Eh eh!! Teringin ke mama ayu 😱😅


Selesai dah majlis...tahun depan majlis kahwinnya pulak…

Jumpa lagi, sayonara!!

Niatkan Kerana Allah

Assalamualaikum semua...


Lama nau mama tak update...eh! Sebenarnya ada je benda yang nak di share, gambar pun banyak dalam tepon ni tapi sebab kebizian yang melampau, maka tak de masa pulak nak menulis.


So, hari Jumaat yang penuh barakah ini, mama kuatkan semangat lah untuk coretan malam ini. Bila kita lakukan apa sahaja perkara yang melibatkan urusan harian kerana Allah, pasti Allah akan mudahkan. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan soal hati 😍 Ko pasti akan dapat terima ketentuan Allah dengan tenang dan redha.


Ada ketika, berterus terang adalah lebih baik. Bukan untuk mementingkan diri sendiri tetapi sebagai mencari jawapan bagi sebuah kepastian. Dan bila jawapan itu telah kita ketahui, itu tandanya Allah memberi petunjuk kepada kita. Terpulang kepada kita cara untuk menerima takdir Allah itu.

Sesungguhnya Allah telah menetapkan takdir setiap manusia. Dan mama masih ingat ceramah yang disampaikan seorang ustaz bahawa takdir manusia ini ada dua.

Pertama - takdir yang telah tertulis (mama tak ingat lah bahasa arabnya apa) tapi ia merupakan suatu takdir yang telah tertulis sejak azali dan kita tidak mampu untuk merubahnya. 


Kedua - takdir yang boleh berubah di mana ia merupakan takdir di mana kita mampu mengubahnya melalui perbuatan kita, melalui doa kita, melalui usaha kita. Contohnya, bila kita inginkan rezeki, kita berusaha dengan pelbagai cara bagaimana untuk menambahkan rezeki itu. Begitu juga jika kita ingin mencari jodoh, kita berhak memilih jodoh yang sesuai dengan kehendak kita. Memang jodoh itu telah tertulis tetapi yang membuat pilihan adalah kita sendiri.

Apabila setiap tingkahlaku, perbuatan dan kehendak kita adalah berlandaskan syariat Allah...apa jua yang kita lakukan kerana Allah, kita akan dapat merasa kenikmatannya walaupun takdir itu berat untuk kita pikul.

"Allah tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan, di sebalik kesulitan pasti ada hikmah-Nya yang tersembunyi..."

Bila kita sedar, pasti kita akan rasa tenang. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kasih sayang Allah tiada batasan. Aku sayang Allah kerana aku tahu Allah akan sayang aku balik. 😃😄😄

Terima kasih Allah atas segalanya. Segala puji hanya untuk-Mu.

Jumpa lagi, sayonara !!

Ahad, 22 Disember 2019

Bila Hati Berdebar

Assalamualaikum semua..


Moga kita semua di bawah lindungan Allah SWT. Bila hati berdebar….Perasaan apakah ini? 
KELIRU? Ahhhhh...tidakkkkkkkkkkk. Jauhkan aku dari menjadi manusia yang lalai Ya Allah. 

Ambil ko, hati manusia memang susah nak di jangka. Lebih-lebih lagi perempuan...haha. Ntah lah, tak tahu lah apa yang golongan ini hendak dalam hidup 😇😆. Hari ni cakap lain, esok cakap lain pulak...hihi. Korang rasa camana? 👀

Ada benda yang kita boleh luahkan, ada benda yang hendak diluahkan tetapi tidak terluah. Bagi akulah, beban perasaan itu lagi berat dari beban yang lainnya. Pengalaman hidup mengajar aku menjadi lebih tabah dan kuat. Tapi aku percaya bahawasanya Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Rasa ini hadir adalah dari kehendak Allah jua. Maafkan hamba Mu ini Ya Allah. Ntah kenapalah hati ini terdetik untuk suka pada seseorang sedangkan ia telah hilang sejak 2 tahun yang lalu. Begitulah lumrah kehidupan. Manusia tidak boleh terlepas dari rasa kesunyian. 

Aku yakin setiap pertemuan itu adalah daripada perancangan Allah jua. Allah sebaik-baik perancangan dan ada hikmah yang tersembunyi yang tidak kita ketahui. Bersangka baik dengan Allah.

Ya Allah, jika rasa ini melalaikan aku sebagai hambaMu, maka Kau jauhkan lah. Jika rasa ini membuatkan aku lebih dekat kepadaMu, maka Kau berilah aku petunjukMu. Aku sayang kepada Mu Ya Rabb, kerana aku tahu Kau akan menyayangi aku balik. Ampunilah segala dosa-dosaku. Aku takut Ya Allah akan kemurkaanMu terhadapku. Ampunilah aku.😭😭😭

Sedih pulak pepagi ni. Dah tak boleh nak menulis, jumpa lagi nanti.

Sayonara !!

Sabtu, 7 Disember 2019

Mendapat Hidup yang Berkat

Assalamualaikum semua...

Selamat berhujung minggu. Tengah buat apa tu? Hari minggu kita santai-santai di rumah sambil buat kerja rumah, ok kain pun dah berlipat, baju pun dah sidai...sat lagi nak tido balik lah. Hmmmm...tunggu anak-anak bersiap, depa tido lagi 😂😂 camne lah mama tak boring kan..kan.. 

Ok lah, kata-kata ini mama update kat fb minggu lepas. Pepagi bangun tak tahu nak buat apa maka terhasillah nukilan ini...sila baca haha


Hidup diberkati...

Manusia tidak akan terlepas daripada ujian Allah
Ujian dan dugaan yang hadir adalah untuk memantapkan lagi akidah kita dalam menghadapi hidup ini
Jangan pernah kita bersungut dan menidakkannya


Bila kita percaya pada Allah..hidup akan lebih bermakna
Apa yang perlu kita lakukan, mintalah petunjuk dari Nya


Ustaz pesan,

Kalau kita minta syurga, minta terus syurga firdaus...tingkat syurga yang paling tinggi
Kalau kita minta kekayaan, minta terus kekayaan yang dapat membantu kita dalam urusan seharian...


Kaya tidak semestinya pada wang ringgit, tetapi ia adalah dari pelbagai sudut samada kaya jiwa, kaya harta, kaya budi pekerti dan lain-lain

Manusia perlu ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara.

Nak hidup senang, amalkan bacaan kursi setiap kali setelah solat

Bertahajudlah... kerana tiada hijab doa antara kita dengan Allah. Menangis dan merintihlah pada Allah

Solat dhuha... Minta pengampunan dan mendapat rezeki yang berkat. Rezeki yang berkat itu, sedikitnya cukup dan selebihnya dapat diagihkan kepada orang lain.

Zikrullah... Hidupkan hati yang mati. Iman kita ni ada naik turunnya. Zikir adalah perisai iman kita.


Yakin pada Allah. Itu yang paling utama. Bila kita yakin pada Allah, kita dapat lihat hasilnya. Apa yang perlu kita buat adalah berdoa dan berusaha. Doa tanpa usaha pun tidak akan berhasil, ia perlu seiring dengan perbuatan kita.

Hidup ini dua kali, mati hanya sekali. Bila mati, apa bekalan kita setelah kita dihidupkan kembali nanti di alam barzakh. Takutnya menghadapi kematian. Semoga kita semua mati dengan pengakhiran yang baik.

Jangan pernah bertanya...apa yang Allah beri pada kita. Sebaliknya tanyalah pada diri, apa yang kita telah lakukan untuk mendapat redha Allah.

Sama-sama kita ingat-mengingati dan hidup berkasih sayang.

Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Minta lah petunjuk dari Nya.

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 20 November 2019

Jalan-jalan di Sarikei, Sarawak

Assalamualaikum semua..

Hari ni malas nak tulis panjang-panjang...kita layan gambar je lah ye


Seawal kul 530 pagi dah sampai KLIA2....penat semalam tak hilang lagi

Usai solat kul 7.10 dah kena masuk...flight kul 750am. Sib baik mama dah buat web check in siap2..so tak perlulah menunggu lama



Di awan biru

Sebaik sampai je...korang kena beratur untuk dapatkan pas lawatan masuk ke Sarawak. Pas ni macam kertas je..kena simpan sebab nanti nak balik KL kena pulangkan balik. Jangan hilangkan pulak ye, nnt timbul masalah lain pulak 😂






Pusing-pusing Pekan Sibu

Perjalanan dari Airport Sibu ke Sarikei mengambil masa dalam 1 jam setengah. Agak jauh jugak perjalanan  tapi dah itu je jalan yang ada kan...adik tinggal di kuarters Polis Sarikei, so menginap kat rumah dia je..

Makan malam di Sarikei...antara makanan yang famous kat sini ialah Nasi Ayam Thai....memang sedap walaupun harganya agak mahal tapi portion dia besar..berbaloi lah dengan harga yang dijual

Day 2....




Hirup udara petang di Pantai Kabong

Tenang je rasa hati melihat keindahan alam semulajadi

Day 3..




Lepas pergi Pasar Sarikei, mama buat facial muka..yang lain pergi minum..malamnya kami sambut Anniversary adik di Paris Steamboat. Happy anniversary adikku Ajak & Eila, moga kalian dikurniakan anak ke-2...boleh lah angah repeat balik ke Sarawak sebab nak tengok anak buah baru...hehe

Day 4..









Masa untuk pulang….ada rezeki lebih kami datang lagi. Masa nak balik tu flight delay lah pulak, terpaksa tunggu dalam 2 jam jugak lah. Sampai KL dah malam, pastu nak balik Klang pulak...akhirnya sampai juga di rumah pukul 1230 pagi..

Anyway, ini adalah kali ke 2 kami ke Sarawak...pertama kali family trip ke Kuching Sarawak n kali ke 2 ke Sibu - Sarikei. Next time ke mana pula ye? Haaa...ligatlah kepala tu nak plan cuti untuk tahun depan pulak...hihi

Jumpa lagi, sayonara !!