Khamis, 30 Januari 2020

Yang Aku Rasa...

Assalamualaikum semua…


Salam Jumaat yang penuh barokah. Semoga kehidupan kita semua selalu di bawah lindungan Allah SWT.

Gambar kredit to FB


Ayat kat atas ini, amat menyentuh perasaanku. Aku rasa ramai yang begini kot. Dengan zaman sekarang yang serba mencabar...perempuan harus KUAT menghadapi arus kehidupan di dunia ini. Ya, harus KUAT dan TABAH. Lebih-lebih lagi sebagai ibu tunggal yang membesarkan 5 orang anak...apa lagi yang aku ada. Dulu ada jugaklah bahu untuk aku sandarkan. Sekarang, semuanya telah berubah. Apabila semua keputusan ko kena buat sendiri, dan setiap urusan harian perlu ko hadap walaupun terkadang amat perit untuk dihadapi. Hanya Allah tempat aku mengadu dan aku tahu Allah sangat sayangkan aku. Terima kasih Allah.





Bila setiap kesulitan yang kita hadapi, Allah akan bukakan jalan untuk kita keluar dari kesulitan itu. Kerana itu janji Allah. Semakin kita mensyukuri nikmat yang Allah beri, semakin banyak manfaat yang akan kita kecapi. Setiap hari aku belajar sesuatu yang baru. Dalam hidup ini, segala tingkah laku kita bukan hanya untuk hari ini tapi untuk hari-hari yang mendatang. Manusia hanyalah pendosa. Setiap hari melakukan dosa dan kepada Allah tempat kita memohon pengampunan.

Moga Allah redha.

Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 22 Januari 2020

Aku adalah aku

Assalamualaikum semua…

Dah masuk tengahari, nasib lah seminggu blog ni tak ber update. Sibuk dengan kerja hakiki, dengan urusan pemindahan dak kembar...dan yang paling tak boleh blah ialah aku saja menyibukkan diri dengan bermain netball...hahaha. Dalam banyak-banyak games, itu jugak yang menjadi pilihan, habis sakit segala urat sendi tapi lantaklah kan...sekali sekala join ok jugak...haha (cari nahas ko ayu 😂)


Yes, terlalu banyak dugaan yang aku tempuhi awal tahun 2020. Alhamdulillah, satu persatu telah dapat aku atasi. Terima kasih Allah atas anugerah Mu yang tidak terhingga. Sesungguhnya setiap dugaan itu terselit hikmah yang tersembunyi. Hanya aku yang tahu kerana aku pasti Allah sangat sayangkan aku. 😄😊

Moga tahun baru hijrah yang akan dating membawa perkhabaran gembira buat diriku. Ya Allah, jadikan aku tetamu yang paling istimewa ke rumah Mu. Aku sangat-sangat ingin ke sana. Mudah-mudahan Kau kabulkan Ya Allah.

Ok lah...sebab aku ni sejenis yang simple, tak suka nak serabut (walaupun hari2 ko mengadap kerja yang serabut), i'm COOL okey. Telah tiba masanya untuk aku memikirkan diri sendiri. Tiba masa untuk aku:

1) membuat apa sahaja yang aku suka
2) cari hobi baru 
3) jjcm - walaupun memang aku selalu buat 😅
4) bercuti tempat yang jauh - coming soon 😊
5) merialisasikan impianku untuk borong coklat kat Langkawi dgn nilai 1K ( bila tu? 😱)
6) cari soulmate ( YESSSSS)
7) kawen (Nooooo)

Sapa tak nak kawan dengan aku...dia rugi, hahaha

Jumpa lagi, sayonara !!

Isnin, 13 Januari 2020

Hidup Tak Selalunya Indah

Assalamualaikum semua…

Semoga kita semua di bawah lindungan Allah Yang Maha Besar. Ceria-cerikan hidup kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Betullah orang kata, hidup ini ibarat roda, terkadang kita di atas, terkadang kita di bawah. Begitu juga dengan iman kita. Ada masanya naik dan ada ketikanya surut. Moga kita terus istiqomah dalam mendapat redha Allah.

Hidup ini terlalu banyak yang perlu kita tempuhi. Ada kala kita gembira, ada kala kita menangis, ada kala kita tertawa, ada kala kita berduka. Disaat kita gembira, simpan sedikit kegembiraan itu agar kita tidak terus hanyut di buai mimpi. 

Gambar kredit to google

Pernah tak kita rasa bahawa dunia ini tidak adil? Kita mahukan yang ini tetapi kita dapat yang itu. Tidak semua yang kita harapkan akan Allah beri kerana Allah tahu apa yang terbaik buat setiap hamba Nya. Sentiasa bersangka baik pada Allah. Sesungguhnya apa yang telah Allah takdirkan buat kita, sentiasa yang terbaik. Mungkin, apa yang kita mahukan tidak kita perolehi di sini (dunia) tetapi akan kita perolehi di akhirat sana. Maka, sentiasalah berdoa untuk mendapat apa yang kita ingini.

Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Kalau kita yakin THE POWER OF DOA...maka sentiasalah kita terus istiqomah dalam berdoa bagi meneruskan hajat kita. Allah melihat kemuliaan hati setiap hambaNya. Kalau kita sayang Allah, kita boleh rasa betapa kasihnya sayang Allah kepada kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun.

Manusia hanyalah pendosa di muka bumi ini. Tiada seorang manusiapun yang perfect dalam dunia. Setiap hari, pasti ada kesalahan yang telah kita lakukan, samada secara sedar atau tidak. Andai dosa itu menjadi titik noktah untuk kita berubah, alhamdullilah, Allah telah bukakan jalan untuk kita bertaubat. Tetapi andai dosa itu tidak memberi kesan di hati, maka segeralah bertaubat. Pintu taubat sentiasa terbuka, beribu kali pun kita membuat dosa, bila kita mohon keampunan daripada Allah, akan Allah ampunkan dosa-dosa kita.

Dan kerana dosa-dosa itu, Allah tutup aib kita. Apabila Allah tutup aib kita, jangan pula kita yang membuka aib sendiri. Betapa Allah itu Maha mengetahui akan setiap sesuatu. Kita tidak akan terlepas walau sekecil zarahpun setiap perlakuan kita di atas muka bumi ini. Sama-samalah kita bermuhasabah diri, merenung kembali setiap perlakuan kita dan kembali ke pangkal jalan menuju redha Allah.

Semoga kita menjadi pilihan Allah untuk dikasihi dan disayangi.

Jumpa lagi, sayonara !!

Khamis, 9 Januari 2020

Anehnya Perasaan Ini

Assalamualaikum…

Haaa...tengok tajuk aku hari ni. Ok..sebab ini adalah blog aku...so suka hati aku lah nak tulis apa kan...😊😊😊



Gambar kredit to FB


Pagi Jumaat yang indah. Dah 2 malam bumi Klang disimbahi hujan. Sejuk je rasa, terasa betapa nyamannya alam ini. Setiap pagi, bila aku berada di dalam kereta utk ke pejabat, aku suka merenung langit, mengingati Maha Pencipta, betapa indahnya  alam ciptaan tuhan. Hmmm, kesunyian yang aku rasakan telah dapat aku tangani. Terima kasih Allah kerana telah membantuku. Aku rasa buat masa ini, sendiri itu lebih baik.

Walaupun aku didatangi oleh insan yang tidak dikenali, berwasap & bertanya khabar...tapi untuk membuka ruang di hati bagi sebuah perkahwinan, masih belum terbuka. Semuanya telah kufikirkan sedalam-dalamnya tetapi hati ini telah tertutup buat masa ini. Aku cuma berkawan dan tak lebih dari itu, walaupun kenalan aku tu terlebih over pulak reaksinya...hahaha.

Aku punya prinsip senang je...if i say NO means NO, if I say YES, that's means my heart will open for someone. But not this time. We can only be friends and always be friends. Its up to you yang menerima apa yang aku berikan...huhu. Buat masa ini, hati ini dah tertutup rapat.

Setiap hari aku berDOA agar Allah memberi aku kekuatan dalam menjalani hidup ini. Aku sentiasa berdoa agar Allah menyayangi aku dan menjaga aku. Dan aku juga sentiasa doakan agar Allah memelihara anak-anakku, kedua ibu bapaku, adik beradikku dan umat muslimin dan muslimat di dunia ini. Semoga kita semua di bawah lindungan kasih sayang Allah. Telah banyak yang Allah beri dan kita sebagai hamba kena fikirkan bagaimana kita dapat merebut kasih sayang Allah. Aku tidak kisah kalau aku ni tamak kan kasih sayang dari Allah. Cuma yang aku mahu, aku ditempatkan di syurga Firdaus. Moga Allah redha.

Haaa…sampai sini je aku nak tulis pagi ni. Idea dah kering sebab ada keje lain pulak. Haaissshhh, nak mengarang pun susah bila idea dah terputus.

Jumpa lagi korang, sayonara !!

Isnin, 6 Januari 2020

Ketentuan Ilahi

Assalamualaikum semua...

Hidup ini memang aneh. Ada masa dan ketikanya, orang yang paling dekat dengan kita menjauh, tetapi orang yang jauh itu semakin dekat pula. Apakah Allah SWT telah memberi signal kepada hamba Nya...


gambar kredit to google

Jumpa lagi...sayonara !!

Rabu, 1 Januari 2020

Sekolah Bermula - 2/1/2020

Assalamualaikum semua…

Gambar kerdit to google


Musim persekolah bermula bagi tahun 2020. Tahun ni mama rileks2 aje walaupun ada benda yang tak settle lagi tapi sebab malas nak mikirnye...kita tunggu permulaan sekolah reda dulu. Minggu depan baru boleh uruskan pemindahan sekolah dak kembar ni...buat masa ni dorang duduk je lah kat rumah. Nak ambil barang-barang kat asrama pun tak terambil lagi...tunggu lah hujung minggu ni.

So pada anak-anak semua, selamat kembali ke sekolah. Buat anak-anakku, mama doakan kalian semua dipermudahkan urusan, dapat menerima pembelajaran di sekolah dengan tenang dan terang hati, dipertemukan dengan kawan-kawan yang baik-baik dan selamat belajar.

Jumpa lagi, sayonara !!