Haaa...tengok tajuk aku hari ni. Ok..sebab ini adalah blog aku...so suka hati aku lah nak tulis apa kan...๐๐๐
Gambar kredit to FB
Pagi Jumaat yang indah. Dah 2 malam bumi Klang disimbahi hujan. Sejuk je rasa, terasa betapa nyamannya alam ini. Setiap pagi, bila aku berada di dalam kereta utk ke pejabat, aku suka merenung langit, mengingati Maha Pencipta, betapa indahnya alam ciptaan tuhan. Hmmm, kesunyian yang aku rasakan telah dapat aku tangani. Terima kasih Allah kerana telah membantuku. Aku rasa buat masa ini, sendiri itu lebih baik.
Walaupun aku didatangi oleh insan yang tidak dikenali, berwasap & bertanya khabar...tapi untuk membuka ruang di hati bagi sebuah perkahwinan, masih belum terbuka. Semuanya telah kufikirkan sedalam-dalamnya tetapi hati ini telah tertutup buat masa ini. Aku cuma berkawan dan tak lebih dari itu, walaupun kenalan aku tu terlebih over pulak reaksinya...hahaha.
Aku punya prinsip senang je...if i say NO means NO, if I say YES, that's means my heart will open for someone. But not this time. We can only be friends and always be friends. Its up to you yang menerima apa yang aku berikan...huhu. Buat masa ini, hati ini dah tertutup rapat.
Setiap hari aku berDOA agar Allah memberi aku kekuatan dalam menjalani hidup ini. Aku sentiasa berdoa agar Allah menyayangi aku dan menjaga aku. Dan aku juga sentiasa doakan agar Allah memelihara anak-anakku, kedua ibu bapaku, adik beradikku dan umat muslimin dan muslimat di dunia ini. Semoga kita semua di bawah lindungan kasih sayang Allah. Telah banyak yang Allah beri dan kita sebagai hamba kena fikirkan bagaimana kita dapat merebut kasih sayang Allah. Aku tidak kisah kalau aku ni tamak kan kasih sayang dari Allah. Cuma yang aku mahu, aku ditempatkan di syurga Firdaus. Moga Allah redha.
Haaa…sampai sini je aku nak tulis pagi ni. Idea dah kering sebab ada keje lain pulak. Haaissshhh, nak mengarang pun susah bila idea dah terputus.
Jumpa lagi korang, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan