Semoga kita semua di bawah lindungan Allah Yang Maha Besar. Ceria-cerikan hidup kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Betullah orang kata, hidup ini ibarat roda, terkadang kita di atas, terkadang kita di bawah. Begitu juga dengan iman kita. Ada masanya naik dan ada ketikanya surut. Moga kita terus istiqomah dalam mendapat redha Allah.
Hidup ini terlalu banyak yang perlu kita tempuhi. Ada kala kita gembira, ada kala kita menangis, ada kala kita tertawa, ada kala kita berduka. Disaat kita gembira, simpan sedikit kegembiraan itu agar kita tidak terus hanyut di buai mimpi.
Gambar kredit to google
Pernah tak kita rasa bahawa dunia ini tidak adil? Kita mahukan yang ini tetapi kita dapat yang itu. Tidak semua yang kita harapkan akan Allah beri kerana Allah tahu apa yang terbaik buat setiap hamba Nya. Sentiasa bersangka baik pada Allah. Sesungguhnya apa yang telah Allah takdirkan buat kita, sentiasa yang terbaik. Mungkin, apa yang kita mahukan tidak kita perolehi di sini (dunia) tetapi akan kita perolehi di akhirat sana. Maka, sentiasalah berdoa untuk mendapat apa yang kita ingini.
Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Kalau kita yakin THE POWER OF DOA...maka sentiasalah kita terus istiqomah dalam berdoa bagi meneruskan hajat kita. Allah melihat kemuliaan hati setiap hambaNya. Kalau kita sayang Allah, kita boleh rasa betapa kasihnya sayang Allah kepada kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun.
Manusia hanyalah pendosa di muka bumi ini. Tiada seorang manusiapun yang perfect dalam dunia. Setiap hari, pasti ada kesalahan yang telah kita lakukan, samada secara sedar atau tidak. Andai dosa itu menjadi titik noktah untuk kita berubah, alhamdullilah, Allah telah bukakan jalan untuk kita bertaubat. Tetapi andai dosa itu tidak memberi kesan di hati, maka segeralah bertaubat. Pintu taubat sentiasa terbuka, beribu kali pun kita membuat dosa, bila kita mohon keampunan daripada Allah, akan Allah ampunkan dosa-dosa kita.
Dan kerana dosa-dosa itu, Allah tutup aib kita. Apabila Allah tutup aib kita, jangan pula kita yang membuka aib sendiri. Betapa Allah itu Maha mengetahui akan setiap sesuatu. Kita tidak akan terlepas walau sekecil zarahpun setiap perlakuan kita di atas muka bumi ini. Sama-samalah kita bermuhasabah diri, merenung kembali setiap perlakuan kita dan kembali ke pangkal jalan menuju redha Allah.
Semoga kita menjadi pilihan Allah untuk dikasihi dan disayangi.
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan