Rabu, 30 Januari 2019

Wangi

Assalamualaikum semua.

Pagi-pagi dah dapat rezeki kuih koci..Alhamdulillah. Pengasuh anak bagi. Kalau sapa2 nak order kuih tu...boleh lah order ngan kak mila ni..kuih dia memang sedap. Maklumlah kalau orang tua-tua buat kuih kan...memang terasa lah kesedapannya 😋

Pagi tadi jugak, tengah siap-siap tu...mama bau wangi lah kat dalam rumah. Bau dia macam bau arwah suami mama. Arwah ni memang suka berwangi-wangian. Memang sebijik bau dia 😭 wangi nya….mama pun tanyalah kat anak mama yang no 2 tu. 

Mama : Ko pakai minyak wangi apa ngah?
Awie   : Haaa?...awie pakai ni je mama (sambal tunjukkan baby oil)
Mama : Eh, takkan lah baby oil tu wangi macam ni...mama bau macam minyak wangi yang   ayah selalu pakai…
Awie  : (Diam je..)

Sebelum pergi ke sekolah, dia cium tangan mama. Eh! Selalu tu mama je nak kena ingatkan dia.

Memang seriously mama bau wangi...dari bilik anak bujang ni membawa sampai ke ruang tamu. Tapi dalam bilik mama tak de pun bau wangi tu...😓 Huwaaaa, 17 tahun membina alam rumah tangga yang penuh liku, ada masa bahagia, ada masa sedih, ada masa bergaduh, ada masa selisih paham...itu adat dalam rumah tangga. Dah tiada lagi hari anniversary yang boleh di sambut. Dah tiada lagi ucapan tahniah darimu bila mama lulus dalam peperiksaan. Dah tiada lagi ucapan 'good luck'...dah tiada lagi kata-kata semangat yang kau berikan. Semua itu tinggal kenangan. Kenangan yang tidak mungkin dapat mama lupakan.

Bersemadilah dengan aman suamiku. Doaku sentiasa mengiringimu. Semoga dapat berjumpamu di Jannah, di dalam syurga Firdausi. In shaa Allah

Sambung lagi nanti, sayonara !!

Selasa, 29 Januari 2019

Berbahagi Rezeki

Assalamualaikum semua..

Sarapan pagi merangkap tengahari 😂

Gambar simple di atas tapi membawa maksud yang penuh pengertian. Sarapan ini mama beli di kantin TM Bukit Raja. Seperti biasa, hampir setiap pagi mama akan menjadi pelanggan di kantin ini. Mama pun tidak tahu kenapa staf-staf kat sini tak masuk makan di sini tapi mungkin sebab dulu kantin ini di jaga oleh makcik Indon yang kurang sikit kebersihannya. Tapi sekarang, telah di ambil balik oleh tuan tanah aka pemilik kantin ini. 

Melihat situasi ini membuatkan mama terfikir...bagaimana orang meniaga mencari rezeki. Kemudahan telah disediakan tetapi masih ada yang sanggup keluar untuk mencari makanan yang mungkin disebabkan  di kantin tiada pilihan makanan, kepelbagaian makanan tidak ada. Tetapi bila difikirkan balik, macamana pengusaha kantin hendak menyediakan makanan yang pelbagai andai tiada pelanggan yang masuk untuk makan di kantin. Oleh itu, mama lah menjadi pelanggan tetap, bukan kerana makanan tidak sedap or apa...tapi sebab mama nak support sesama melayu kita berniaga. Kalau bukan kita sapa lagi kan...

Teringat mama, along mama baru memulakan perniagaan chicken chop di Bangsar. Alhamdullillah, memang ramai customer dia dan tidak dinafikan, hidangan chicken chop along memang sangat sedap rasanya. Siap ada regular customer lagi...Dalam masa sebulan, ramai jugak lah pelanggan baru yang datang untuk merasa chicken chop my along tu...tapi, selepas nak masuk dua bulan meniaga...musibah datang. Musibah yang berbentuk pengkhianatan dari orang yang ntah sapa? Pengkhianatan kat sini macam orang buatlah..maklumlah bila ada orang tengok perniagaan seseorang tu dah maju, mulalah guna sihir-sihir ni.  Sampai along cerita, mama dengar melalui mak...kaklong buat kuah blackpaper pagi..petang tu masa nak serve kat customer, kuah tu boleh basi 😨 dan ada masa-masa, hari buka tu hanya ada 2 or 3 customer aje. Macam orang tak nampak kedai dia buka. Hmmmm….dugaan kan. Niat dah betul nak cari dan tambah rezeki tapi lain pulak jadinya. Semoga along tabah hadapi dugaan ini.

Untuk peniaga di luar sana, fahamilah konsep rezeki. Kalau Allah kata rezeki itu milik kita, ia tak akan lari ke mana dah...in shaa Allah rezeki itu milik kita. Kita sesame peniaga kenalah saling support mengsupport antara satu sama lain. Kalau tengok perniagaan orang lain maju, kita boleh berusaha lagi untuk majukan kedai kita. Tak perlu lah main sihir-sihir ni, dunia kita tak dapat akhirat apa ntah lagi kan. Takutlah pada Allah. 

Hidup kita kat dunia hanya sementara, Kejar dunia, kita tak akan dapat apa-apa tapi ...bila kita kejar akhirat, dunia akan datang pada kita. Percaya pada Allah, itu yang paling utama.

Jumpa lagi, sayonara !!

Bila berhutang, perlu ada niat untuk membayar balik !!

Assalamualaikum semua.

Hari ini bangun pagi dengan semangat baru. Walaupun agak lewat mama update blog 😇, tapi semangat nak menulis tu tetap ado...haha. Dua hari hati ini berkeluh kesah mengenai hal pertukaran kereta arwah suami, sampai tak lena nak tido dibuatnya. Tapi bila aura positif yang kita fikirkan, maka positif jugaklah jiwa kita. ecece…

Maafkan aku Ya Allah, kerana berkeluh kesah atas ujianMu. Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran...dan aku akan senantiasa bersangka baik kerana setiap apa yang Allah aturkan, yang Allah beri, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Semoga dealer yang menguruskan kereta arwah suamiku tidak membuat khianat kepada kami sekeluarga. 

Bangun pagi tadi, perkara pertama yang terlintas di hati adalah untuk membebaskan diri mama dari hutang-hutang yang ada. Maklum lah kan, sape2 aje yang tak berhutang kat dunia ni. Nak beli rumah.. kena hutang, nak beli kereta...kena hutang, nak beli iron Philips pun kena hutang jugak tau...hihihi😅 Unless kalau ko dah banyak sangat cash or duit kan. Sebab itu dalam Islam, kita digalakkan untuk jadi kaya. Kaya itu, bukan sampai kita hendak mendongak langit tapi kalau kita kaya, kita dapat menolong ramai orang..dapat menginfakkan harta yang kita ada. Allahu...banyak betul yang dapat kita lakukan andai kita jadi kaya kan. 

Haaa….berbalik pada hutang piutang tadi, mama aim nak settlekan hutang-hutang yang ada sebelum mama mencapai umur 45 tahun. Mudah-mudahan Allah permudahkan. Bila fikirkan mati...takut tau andai ada lagi hutang yang tidak terlunas. Mama rasa serba salah sangat bila ada amanah arwah yang belum tertunai. Selagi tak tukar nama kereta-kereta yang ada, selagi itu lah mama tak senang hati. Kadang-kadang mama fikir yang mama ni selfish 😢 tapi masa tak boleh diundur, yang berlaku telahpun berlaku. Apa yang tinggal hanyalah buat solat taubat selalu, semoga Allah ampunkan dosa-dosa yang telah dilakukan.

"Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan bagi kami dosa melainkan Engkau ampunkan dan tiada dukacita melainkan Engkau lepaskan dan tiada hutang melainkan Engkau jelaskan dan tiada juga sebarang hajat samada untuk dunia dan akhirat, melainkan Engkau tunaikannya wahai Tuhan yang Maha Pengasih" (Doa memudahkan bayar hutang dan mendapatkan hajat)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amak buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (surah Al-Baqarah, ayat 216)

Bila kita berhutang, niatlah untuk membayarnya balik. Baru Allah permudahkan urusan kita. Janganlah sampai pandai membuat hutang tapi tak pandai nak bayar pulak kan. Kalau dengan adik beradik ke, mak abah ke boleh jugaklah di halalkan hutang piutang tu. Kalau dengan orang? menjawab nanti di alam kubur. Wallahualam.

Semoga kita semua terhindar dari hutang dan dapat menyelesaikan hutang-hutang kita sebelum kita menutup mata.

Jumpa lagi, sayonara !!

Ahad, 27 Januari 2019

Rindu Mak

Assalamualaikum semua..

Sempat lagi mama menulis pagi ini..salam isnin permulaan untuk minggu ini. Bekerjalah kita sekuatnya ye....💪💪💪


Gambar bersama mak masa pergi Lumut tahun lepas...hihi. Hari ni baru nak update kt blog, sebab mama rindu ngan mak. Walaupun minggu lepas tido rumah mak selama tiga hari dua malam, tapi rindu tetap ada. Semalam tak pergi pun rumah mak sebab banyak urusan yang perlu diselesaikan di sini. Lagi pun ada jemputan kahwin kat taman rumah mama, kena lah pergi kan. Dah kena bercampur dengan kejiranan di rumah. Maklumlah hujung minggu pun dah tak sesibuk mana. Nan ado ko nak pikir pergi kelas, anak ada koko hari Sabtu. Allahu, betapa Allah rezekikan mama waktu yang terluang. So manfaatkan lah waktu yang ada ni.

Minggu ni nak balik Melaka. Jumpa mak kat sana je lah ye. Tak sabar nak bawak anak-anak berjalan cuti raya cina ni sebab semua ada...😃 Bukan senang kan nak berkumpul ramai-ramai ni...hehe

Itu pun ko nak cite ye mama ayu...haha

Jumpa lagi, sayonara !!

Jumaat, 25 Januari 2019

Selamat Berhujung Minggu

Assalamualaikum semua.

Selamat bekerja pada yang bekerja….dan selamat berhujung minggu pada yang bercuti. Cuti-cuti pergi mana tu? Almaklumlah dah gaji kan, boleh lah jalan jalan cari makan 😃

Malam tadi dak kembar telefon, kata duit  dah habis sebab bayar yuran pengakap di sekolah. Kena lah mama pergi ke asrama dorang hari ni. Minggu depan anak-anak semua cuti, dari yang sulong sampai lah yang bongsu...semua ada. Maka ke Melaka lah kita nanti ye.....yahoo balik kampung. Tak sabar nak jjcm lagi ni, banyak tempat tak pergi lagi ni...haaa, jangan ingat negeri Melaka tu kecik je tapi sebenarnya banyak tempat-tempat yang boleh dikunjungi.

Minggu ni mama tak ke rumah bonda. Banyak kerja nak buat kat rumah. Cadang-cadang nak buat mozek kat semua bilik yang ada tu...banyak nau pijat kat rumah, ntah dari mana pulak datangnya. So, misi mengemas rumah hujung minggu ni.

Oh ye...sejak-sejak dah tak de kelas ni, terasa minggu-minggu lebih bermakna ecece...rileks-rileks sudah, dah tak de lah terkejar sana sini, mana nak uruskan rumah lagi, mana nak pergi kelas lagi….tapi kan, kekadang tu rindu jugak suasana macam tu 😉

Hmmm....nak further study rasa-rasanya belum mampu lagi lah kot...lepaskan anak-anak belajar dulu, mana tahu ada rezeki lebih nanti, kot lah mama nak sambung belajar balik kan...buat masa ini, simpan dulu angan-angan tu..hahaha

Jumpa lagi, sayonara !!

Khamis, 24 Januari 2019

Apabila kita tersalah membuat keputusan

Assalamualaikum semua

Pagi Jumaat yang indah. Musim panas agaknya sekarang ni dan ramai jugak yang kurang sihat...batuk, selsema, sakit tekak semua ada. Semoga Allah merahmati kehidupan kita di dunia ini. Bila dah berjauhan dengan anak dara mama yang jauh tu, alahai...terasa rindunya di hati ini. Merasalah nak bila cuti sem je naik bas balik rumah. Mama dulu belajar lagi jauh di Pantai Timur. Atuk dan nenek hantar sekali je masa pendaftaran. Selepasnya, pandai-pandailah mama nak uruskan sendiri...hihi😅

Bila sesuatu keadaan yang tidak pernah kita sangka terjadi..
Bila sesuatu kejadian yang tidak pernah kita sangka berlaku…
Bila kita terpaksa membuat keputusan di atas apa yang berlaku…

DAN

Apabila keputusan yang kita buat itu SALAH atau tersasar dari yang kita HARAPkan…

😭😭😭😭

Pada Allah tempat mengadu..

Ingat tak masa arwah suami mama pergi dulu, mama buat keputusan untuk menjual kereta arwah. Terasa rasanya mama tak mampu untuk membayar ansuran bulanan yang agak tinggi. Lantas, keputusan di ambil...mama menolaknya melalui agen perodua dan mama pun beli kereta lain menggunakan nama sendiri. Masa tu, mama pikir ini jalan terbaik yang perlu mama lakukan. Rupa-rupanya, mama terasa bahawa keputusan yang mama buat ini salah. Allahu….menitis air mata ini mengenangkan perkara ini. Sepatutnya mama hanya menunggu surat daripada Pejabat Tanah dan bersemuka dengan pihak bank untuk penukaran loan bagi nama arwah. Huaaaaaa...kenapa lah benda ini berlaku. Sedih rasa hati sebab tidak dapat menjalankan amanah arwah kerana sampai ke hari ini, kereta itu belumpun terjual dan hanya di sambung bayar oleh orang yang menguruskannya. Tujuh tahun bukan lah masa yang sekejap...selagi kereta arwah tidak bertukar nama, selagi itulah hati ini tidak tenteram dibuatnya.

Mama tak pasti kenapa semua ini berlaku. Tetapi pasti ada sesuatu yang Allah sembunyikan yang mana mungkin keputusan ini juga adalah terbaik yang perlu mama lakukan. Selalulah bersangka baik kepada Allah. Mama berharap agar orang yang menguruskan kereta arwah dapat menjalankan amanah yang diberi. 

Pada sesiapa yang menghadapi situasi seperti mama, mama nasihatkan berSABARlah banyak-banyak atas dugaan yang dihadapi. Jangan membuat keputusan terburu-buru. Mohonlah petunjuk daripada Allah SWT.

Apa-apapun yang kita lakukan, berbaliklah pada Allah. 

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Redhailah aku Ya Allah


Rabu, 23 Januari 2019

Jamuan Akhir Tahun 2018

Assalamualaikum semua.

Bulan Januari 2019 telahpun 3 minggu berlalu tetapi baru lah kami nak buat Jamuan Akhir Tahun Kelab KSK (Kelab Sukan dan Kebajikan Bukit Raja). Saje je buat lambat sikit sebab bulan 12 kan ramai staff yang bercuti. Kalau buat jugak nanti ramai yang tak de....haha

Jamuan ini diadakan sekali sempena farewell party buat bossku yang telah berpindah ke unit ENZ KLG. 😢







Menunggu masa untuk majlis bermula..penuh satu restoran dengan kami-kami ni hehe

Bossku yang the BEST lah setakat ni….sedih wei bila dapat tahu boss pindah

Kenangan itu

Hj Zahari yang telah bersara pada bulan 10 tahun lepas...so sape2 nak g umrah tu boleh lah calling2 Haji Zahari ni ye

Antara salah satu kebajikan yang di buat oleh kelab...sumbangan untuk arwah bapa wan yang telah meninggal dunia

Staf yang menyambut birthday bulan 10-12. Semua dah jadi bapa2 dah ni…

Dengar amanat dari bossku...haaaa ko siap buat bidio sendiri

Seperti biasa, bacaan doa sebelum makan 😋










Menu of the day: Nasi beriani, ayam masak merah. ayam goreng berempah, kambing masak beriani, acar nenas, papadom, kuih dua jenis, air the tarik dan cordial. 

Kami ambil pakej RM18/head...tapi sebab ada kambing kan, memang tak cukup lah lauknya untuk 50 orang makan. Budak2 lelaki ni kalau makan...kus semangat 😅



Penutup acara bagi tahun 2018. Tahun ni kita tukar program pulak, buat 2 kali je setahun utk jamuan.

psssssss: rasa2 macam nak bagi orang muda pulak meneraju KSK ni..sape nak? 

ok lah...sampai sini je dulu, jumpa lagi...sayonara!!


Selasa, 22 Januari 2019

Memenuhi Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum semua..

Lama nau mama ayu tak bersiaran. Kesibukan melanda di hujung minggu + dengan keadaan diri yang tidak berapa sihat.  Biasa lah, dalam tak sihat tu pun banyak perkara yang perlu diselesaikan. Hari sabtu tu sempatlah jumpa dak kembar di asrama mereka. Pagi tu mama ke Hospital Columbia buat pemeriksaan mammogram. Mama tak guna pun voucher yang Perkeso bagi tu sebab ambil yang Selangor punya.


Seawal pukul 930 pagi mama dah sampai di hospital...habis kul 130 petang. Lama nau dok tunggu...rupa-rupanya turn mama yang ke 5 akhir daripada 40 orang yang datang...huhu

Habis dari check mammogram tu, singgah rumah untuk solat pastu terus ke asrama Peyakin Klang. Sempatlah lah mama beli kfc untuk dak kembar ni. Makanan favourite mereka 😋
Sambil makan, borak-borak ngan dak kembar, tanya apa lagi keperluan yang perlu. Dorang kena beli baju pengakap dan calculator scientific. So mama kata nanti mama minta izin, hari isnin kita keluar cari barang. Haaaa...napa tak pergi hari ahad je kan? sebab mama ada jemputan dari kawan mama yang sama-sama belajar di UTM. hehe







Ke Semenyih kami hari tu...ada lah bawak buah tangan berupa kuih muih tapi tak sempat nak ambil gambar. Terima kasih tuan rumah, Rafiq kerana menjemput akak ke majlis kesyukuran di rumahmu. First time tau akak sampai sane. Sebelum balik tu singgah rumah member TM di kawasan perumahan situ jugak untuk solat Asar. Haaa….sib baik ramai kenalan kan, dapatlah jumpa-jumpa & sesambil merapatkan ukhuwah sesame kita. Mama sampai rumah dalam pukul 900 malam sambil bawa berkat 😉. Siap boleh bagi besan mak kat tingkat atas tu, ayam masak merah dengan bubur pulut hitam. hihi

Esoknya cuti hari Thaipusam. Seawal pukul 10 pagi dah gerak dari rumah mak. Owh ye..mama tido kat rumah mak dua malam sambil tolong mak buat kuih. Bila tengok mak pukul 230 pagi dah bangun untuk buat kuih, haisss betapa gigihnya mak meniaga setiap hari. Salute sungguh dengan ketabahan mak abah. At least dapat jugak lah diri ini berbakti kepada kedua orang tua (mak & abah). Alhamdulillah..

Pukul 1045 pagi dah sampai asrama Peyakin. Tunggu dak kembar habis solat Dhuha pastu gerak carikan mereka baju pengakap. Mama beli kat Butik Mari-mari sebab semua barang yang nak di beli tu ada kat situ dan harga pun berpatutan. Balik nanti mama kenalah jahit lencana sebab baju tu beli kosong, lencana segala bagai tu kena jahit sendiri 😓. Pastu singgah rumah kejap, mama nak tidur….haha. Maklumlah kan, pagi tadi mama bangun pukul 4 pagi sebab tolong nenek. Pas zohor nanti kita gerak cari calculator pulak ye..

Habis jahit lencana, separatekan barang yang hendak di bawa pastu kami pun keluar. Niatnya nak potongkan rambut dak kembar tapi ramai oranglah pulak. Lain kalilah nak ye. Cuti raya cina nanti mama bawak kedai potong rambut. Pastu pergi ke Aeon Big, ingat nak cari calculator tapi tak de brand Casio. Yang ada brand Canon je. Ada ke budak2 ni tak nak pulak sebab katanya yang Casio punya boleh tulis2...eh!! 😂 Last choice ke Mydin pulak. Sama gak yang ado pun...brand Canon je..harga pun 1 tu RM60 ko...dulu-dulu mama beli baru dalam RM36++ camtu….berganda wei harganya.

Ambikko...sampai asrama pukul 7 mlm sebab dak iman terlupa mana dia letak kunci locker dia. Kenalah mama pusing balik ke rumah sebab dia nak cari kunci dia yang tertinggal tu. huhu.

Haaaaa…..itu je nak cerita. Panjang lebar kan. Esoknya mama MC. Demam, selesema, pening dan sakit tekak semua ada. Memang tak larat dah...maybe badan ni kena rehat sebab banyak sangat buat kerja...hahaha

Okey, jumpa lagi di lain siaran...sayonara !!

Khamis, 10 Januari 2019

Jumaat Penghulu Segala Hari

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Bila buka FB ramai jugak rakan-rakan kita yang tak sihat/demam dsb. Mama doakan kalian semua beroleh rahmat daripada Allah dan di beri kesembuhan dari Nya. Semoga sakit itu penghapus dosa-dosa kecil kita. Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri meminta pengampunan kepada Allah terhadap dosa kita yang telah lalu. 


Pic dari google

Dipetik dari SINI
Sebaik-baik hari bagi umat Islam adalah hari Jumaat yang dikenali sebagai ‘Sayyidul Ayyaam’ (Penghulu Hari) yang paling utama dan paling mulia di sisi Allah Ta’ala.
Di dalamnya juga terdapat satu waktu yang mustajab untuk berdoa. Tidaklah seorang hamba yang beriman memunajatkan doa kepada Tuhannya pada waktu itu, kecuali Allah SWT akan mengabulkannya selagi dia tidak meminta yang haram. Oleh itu seorang muslim sepatutnya lebih perihatin akan keberkatan hari Jumaat ini.
.
Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).
.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari Jumaat ada satu ketika yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang solat, di mana apabila dia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah radliyallah ‘anhu, dia bercerita: “Abu Qasim (Rasululah) صلى الله عليه وسلم bersabda:

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ

“Sesungguhnya pada hari Jumaat itu terdapat satu ketika yang tidaklah seorang hamba muslim berdoa memohon kebaikan kepada Allah bertepatan pada masa itu, melainkan Dia akan mengabulkannya.” Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya, yang kami fahami, untuk menunjukkan masanya yang tidak lama (sangat singkat).” (Muttafaq Alaih)

Hari ini hari Jumaat. Jom lah submit doa banyak-banyak. Mana tahukan, dalam banyak-banyak doa tu, ada jugak yang Allah kabulkan.

Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 9 Januari 2019

Dak Kembar Baru Start Sekolah

Assalamualaikum semua..

Semalam mama mendapat perkhabaran dari asrama Peyakin yang dak kembar telah pun memulakan persekolahan mereka. Mereka lewat sikit masuk ke sekolah menengah sebab pemindahan sekolah yang diuruskan baru mendapat kelulusan dari PPD. Selamat menempuh alam persekolah menengah buat anak-anak mama. Sekolah baru, environment baru. Semoga anak-anak mama mendapat ilmu yang berguna dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian. 

Anak-anak yang bersekolah petang. Wah, segak-segak anak-anak ni semua

Menaiki bas yang disediakan..sebab sekolah petang ni ramai (termasuk anak-anak perempuan), sebab tu mereka naik bas. Kalau yang sekolah pagi ada yang naik kereta.


Kalau ada yang tanya mama, macamana nak masuk sini...mama pun susah nak jawab sebab anak-anak mama dapat masuk sini pun kerana dapat call dari pihak Peyakin mengatakan anak-anak mama terpilih untuk masuk ke asrama sini. Pihak Peyakin tu tengok jugak lah tanggungan anak-anak semua ini dan pendapatan jugak. Ye lah, ibu tunggal kan...mereka memahami bagaimana susah perit nak membesarkan anak-anak. Tak kan pulak kita nak canang kat orang susah senang kita kan. Biar lah menjadi rahsia. Hanya Allah tempat mengadu.

Walaubagaimanapun, mama bersyukur sangat-sangat bila dapat tahu dak kembar terpilih masuk sini. Doa mama Allah kabulkan. Alhamdulillah. Setidak-tidaknya terjaga solat mereka di sini, itu yang paling utama. Dan harapan mama mereka dapat mempraktikkan aktiviti harian di asrama masa balik ke rumah nanti.

Yes, andai kita ada masalah, mengadulah pada Allah. Allah akan dengar dan akan kabulkan permintaan kita satu persatu. Pokok pangkalnya kita kena SABAR dengan apa sahaja dugaan yang mendatang. Bila kita belajar SABAR dan REDHA...kita dapat rasa betapa dekatnya Allah di hati kita. Jangan berhenti berharap.

In shaa Allah.

Jumpa lagi, sayonara !!

Selasa, 8 Januari 2019

Anak...anugerah terindah

Assalamualaikum semua..


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Hidup ini hanya sementara. Sampai masa kita semua akan pergi jua. Oleh itu, hargailah orang disekeliling kita. Kita tidak tahu samada kita atau mereka yang akan pergi dulu. Semua itu adalah rahsia Allah.

Anak...adalah anugerah terindah dalam hidup. 

Allah beri kita amanah yang bergelar ANAK untuk di jaga, disayangi, dibimbing, dikasihi, dibelai dan dimanja. 

Ya mungkin, ada masanya kita menjadi marah terhadap anak-anak. Hmmm...satu perasaan yang tidak dapat diucapkan. 

Terkadang, anak buat silap sikit je, kita dah meninggikan suara. 
Terkadang, anak ingin bermanja tapi kita kata dia mengada-ngada.
Terkadang, anak baru nak berceloteh, kita kata anak ni banyak nau cakapnya
Terkadang, anak baru nak tarik perhatian kita, kita kata kita sibuk
Terkadang, anak meminta kita melakukan satu-satu perkara, kita kata kita tiada masa...

Entahlah, bukan tidak menghargai tetapi ada masanya kita terleka di buai rasa.

Anak-anak ini adalah harta kita dunia akhirat. Jika tidak mereka, sape lagi tempat kita menumpang kasih.

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Peliharalah kami 
Lindungilah kami
Tetapkan iman di hati kami
Perbaikkan tutur kata dan tingkahlaku kami

Ya Allah,
Sesungguhnya hanya kepadaMu kami bermohon
Ampunkan segala dosa-dosa kami
Dosa-dosa kedua ibu bapa kami
Dosa-dosa anak-anak kami
Dosa-dosa seluruh ahli keluarga kami
Dosa-dosa umat islam di dunia ini

Ya Allah,
Kami ingin ke syurgamu
Bantulah kami dalam mencari syurga
Berilah kami petunjuk dan hidayahMu

Ya Allah,
Redhailah kami
Sayangailah kami
Jadikan kami umat pewaris Nabi Muhamad SAW
Temukan kami di syurgaMu, Ya Allah

Aamiin Ya Rabbalalamiin

Jumpa lagi, sayonara !!

Isnin, 7 Januari 2019

Abadikan Nama

Assalamualaikum semua..


Perkara paling membahagiakan bila kita buat penulisan buku ni ialah kita dapat mengabadikan nama seseorang dalam buku kita. Maka tertulislah nama anak-anak dan mak abah dalam buku tesisku…

Kenangan di situ ku masukkan semua nama anak-anak dan nama mak & abah. Nama arwah suamiku akan terus tersemat di dada ini. Tidak kusematkan namanya di sini kerana dia telah tiada di dunia ini.

Namun, ku abadikan juga walaupun namanya tidak ku tulis…


Syahrul Azwan Bin Ismail - insan yang pernah bertakhta dihati, tidak mungkin akan ku lupa.😭😭

Jumpa lagi, sayonara !!