Khamis, 24 Januari 2019

Apabila kita tersalah membuat keputusan

Assalamualaikum semua

Pagi Jumaat yang indah. Musim panas agaknya sekarang ni dan ramai jugak yang kurang sihat...batuk, selsema, sakit tekak semua ada. Semoga Allah merahmati kehidupan kita di dunia ini. Bila dah berjauhan dengan anak dara mama yang jauh tu, alahai...terasa rindunya di hati ini. Merasalah nak bila cuti sem je naik bas balik rumah. Mama dulu belajar lagi jauh di Pantai Timur. Atuk dan nenek hantar sekali je masa pendaftaran. Selepasnya, pandai-pandailah mama nak uruskan sendiri...hihi😅

Bila sesuatu keadaan yang tidak pernah kita sangka terjadi..
Bila sesuatu kejadian yang tidak pernah kita sangka berlaku…
Bila kita terpaksa membuat keputusan di atas apa yang berlaku…

DAN

Apabila keputusan yang kita buat itu SALAH atau tersasar dari yang kita HARAPkan…

😭😭😭😭

Pada Allah tempat mengadu..

Ingat tak masa arwah suami mama pergi dulu, mama buat keputusan untuk menjual kereta arwah. Terasa rasanya mama tak mampu untuk membayar ansuran bulanan yang agak tinggi. Lantas, keputusan di ambil...mama menolaknya melalui agen perodua dan mama pun beli kereta lain menggunakan nama sendiri. Masa tu, mama pikir ini jalan terbaik yang perlu mama lakukan. Rupa-rupanya, mama terasa bahawa keputusan yang mama buat ini salah. Allahu….menitis air mata ini mengenangkan perkara ini. Sepatutnya mama hanya menunggu surat daripada Pejabat Tanah dan bersemuka dengan pihak bank untuk penukaran loan bagi nama arwah. Huaaaaaa...kenapa lah benda ini berlaku. Sedih rasa hati sebab tidak dapat menjalankan amanah arwah kerana sampai ke hari ini, kereta itu belumpun terjual dan hanya di sambung bayar oleh orang yang menguruskannya. Tujuh tahun bukan lah masa yang sekejap...selagi kereta arwah tidak bertukar nama, selagi itulah hati ini tidak tenteram dibuatnya.

Mama tak pasti kenapa semua ini berlaku. Tetapi pasti ada sesuatu yang Allah sembunyikan yang mana mungkin keputusan ini juga adalah terbaik yang perlu mama lakukan. Selalulah bersangka baik kepada Allah. Mama berharap agar orang yang menguruskan kereta arwah dapat menjalankan amanah yang diberi. 

Pada sesiapa yang menghadapi situasi seperti mama, mama nasihatkan berSABARlah banyak-banyak atas dugaan yang dihadapi. Jangan membuat keputusan terburu-buru. Mohonlah petunjuk daripada Allah SWT.

Apa-apapun yang kita lakukan, berbaliklah pada Allah. 

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Redhailah aku Ya Allah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan