Hari ini bangun pagi dengan semangat baru. Walaupun agak lewat mama update blog 😇, tapi semangat nak menulis tu tetap ado...haha. Dua hari hati ini berkeluh kesah mengenai hal pertukaran kereta arwah suami, sampai tak lena nak tido dibuatnya. Tapi bila aura positif yang kita fikirkan, maka positif jugaklah jiwa kita. ecece…
Maafkan aku Ya Allah, kerana berkeluh kesah atas ujianMu. Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran...dan aku akan senantiasa bersangka baik kerana setiap apa yang Allah aturkan, yang Allah beri, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Semoga dealer yang menguruskan kereta arwah suamiku tidak membuat khianat kepada kami sekeluarga.
Bangun pagi tadi, perkara pertama yang terlintas di hati adalah untuk membebaskan diri mama dari hutang-hutang yang ada. Maklum lah kan, sape2 aje yang tak berhutang kat dunia ni. Nak beli rumah.. kena hutang, nak beli kereta...kena hutang, nak beli iron Philips pun kena hutang jugak tau...hihihi😅 Unless kalau ko dah banyak sangat cash or duit kan. Sebab itu dalam Islam, kita digalakkan untuk jadi kaya. Kaya itu, bukan sampai kita hendak mendongak langit tapi kalau kita kaya, kita dapat menolong ramai orang..dapat menginfakkan harta yang kita ada. Allahu...banyak betul yang dapat kita lakukan andai kita jadi kaya kan.
Haaa….berbalik pada hutang piutang tadi, mama aim nak settlekan hutang-hutang yang ada sebelum mama mencapai umur 45 tahun. Mudah-mudahan Allah permudahkan. Bila fikirkan mati...takut tau andai ada lagi hutang yang tidak terlunas. Mama rasa serba salah sangat bila ada amanah arwah yang belum tertunai. Selagi tak tukar nama kereta-kereta yang ada, selagi itu lah mama tak senang hati. Kadang-kadang mama fikir yang mama ni selfish 😢 tapi masa tak boleh diundur, yang berlaku telahpun berlaku. Apa yang tinggal hanyalah buat solat taubat selalu, semoga Allah ampunkan dosa-dosa yang telah dilakukan.
"Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan bagi kami dosa melainkan Engkau ampunkan dan tiada dukacita melainkan Engkau lepaskan dan tiada hutang melainkan Engkau jelaskan dan tiada juga sebarang hajat samada untuk dunia dan akhirat, melainkan Engkau tunaikannya wahai Tuhan yang Maha Pengasih" (Doa memudahkan bayar hutang dan mendapatkan hajat)
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amak buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (surah Al-Baqarah, ayat 216)
Bila kita berhutang, niatlah untuk membayarnya balik. Baru Allah permudahkan urusan kita. Janganlah sampai pandai membuat hutang tapi tak pandai nak bayar pulak kan. Kalau dengan adik beradik ke, mak abah ke boleh jugaklah di halalkan hutang piutang tu. Kalau dengan orang? menjawab nanti di alam kubur. Wallahualam.
Semoga kita semua terhindar dari hutang dan dapat menyelesaikan hutang-hutang kita sebelum kita menutup mata.
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan