Selasa, 29 Januari 2019

Berbahagi Rezeki

Assalamualaikum semua..

Sarapan pagi merangkap tengahari 😂

Gambar simple di atas tapi membawa maksud yang penuh pengertian. Sarapan ini mama beli di kantin TM Bukit Raja. Seperti biasa, hampir setiap pagi mama akan menjadi pelanggan di kantin ini. Mama pun tidak tahu kenapa staf-staf kat sini tak masuk makan di sini tapi mungkin sebab dulu kantin ini di jaga oleh makcik Indon yang kurang sikit kebersihannya. Tapi sekarang, telah di ambil balik oleh tuan tanah aka pemilik kantin ini. 

Melihat situasi ini membuatkan mama terfikir...bagaimana orang meniaga mencari rezeki. Kemudahan telah disediakan tetapi masih ada yang sanggup keluar untuk mencari makanan yang mungkin disebabkan  di kantin tiada pilihan makanan, kepelbagaian makanan tidak ada. Tetapi bila difikirkan balik, macamana pengusaha kantin hendak menyediakan makanan yang pelbagai andai tiada pelanggan yang masuk untuk makan di kantin. Oleh itu, mama lah menjadi pelanggan tetap, bukan kerana makanan tidak sedap or apa...tapi sebab mama nak support sesama melayu kita berniaga. Kalau bukan kita sapa lagi kan...

Teringat mama, along mama baru memulakan perniagaan chicken chop di Bangsar. Alhamdullillah, memang ramai customer dia dan tidak dinafikan, hidangan chicken chop along memang sangat sedap rasanya. Siap ada regular customer lagi...Dalam masa sebulan, ramai jugak lah pelanggan baru yang datang untuk merasa chicken chop my along tu...tapi, selepas nak masuk dua bulan meniaga...musibah datang. Musibah yang berbentuk pengkhianatan dari orang yang ntah sapa? Pengkhianatan kat sini macam orang buatlah..maklumlah bila ada orang tengok perniagaan seseorang tu dah maju, mulalah guna sihir-sihir ni.  Sampai along cerita, mama dengar melalui mak...kaklong buat kuah blackpaper pagi..petang tu masa nak serve kat customer, kuah tu boleh basi 😨 dan ada masa-masa, hari buka tu hanya ada 2 or 3 customer aje. Macam orang tak nampak kedai dia buka. Hmmmm….dugaan kan. Niat dah betul nak cari dan tambah rezeki tapi lain pulak jadinya. Semoga along tabah hadapi dugaan ini.

Untuk peniaga di luar sana, fahamilah konsep rezeki. Kalau Allah kata rezeki itu milik kita, ia tak akan lari ke mana dah...in shaa Allah rezeki itu milik kita. Kita sesame peniaga kenalah saling support mengsupport antara satu sama lain. Kalau tengok perniagaan orang lain maju, kita boleh berusaha lagi untuk majukan kedai kita. Tak perlu lah main sihir-sihir ni, dunia kita tak dapat akhirat apa ntah lagi kan. Takutlah pada Allah. 

Hidup kita kat dunia hanya sementara, Kejar dunia, kita tak akan dapat apa-apa tapi ...bila kita kejar akhirat, dunia akan datang pada kita. Percaya pada Allah, itu yang paling utama.

Jumpa lagi, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan