Khamis, 28 Februari 2019

Jumaat Penghulu Segala Hari

Assalamualaikum semua..


Lama tak bersiaran, minggu yang agak menggusarkan. Bukan apa, sebab bila dengar cerita yang mama ni kena pindah opis, rasa tak keruan pulak di buatnya...haha. Hari Jumaat lepas, mama di panggil oleh HR untuk taklimat bersama team pengurusan NMO Central. Owh, bukan mama sorang tapi ramai lagi lah yang di panggil. Udahlah time tu mama half day sebab ada urusan di JPJ, pas solat Jumaat kena g Bukit Petaling pulak. Sib baik ada member yang pergi dari sini jugak. Dapatlah pergi bersama-sama. Kalau nak drive sendiri memang tak lah kan. Hari Jumaat, jalan jem kot. Malasnya mama nak hadap jem ni..

Sesampai di Bukit Petaling dalam kul 315 petang macamtu. Kami lewat tiba sebab acara start kul 245 petang. Sampai je, baru nak duduk, dengarlah orang management tu cakap nanti korang tunggulah surat ye..surat penempatan baru. 😓 Terpinga-pinga mama ngan kawan mama. Eh! surat apa pulak kan....jeng jeng jeng. "Anda adalah insan-insan terpilih yang masih mempunyai kerja dan pihak management memerlukan khidmat anda"...perghhh ayat power beb. Hahaha.

Apa-apapun, mama belum bersedia nak pindah. Tunggu lah naik exec nanti ke ..in shaa Allah ada rezeki nanti.

So, hari Jumaat yang mulia ini, mama berdoa agar...

1) Mama masih diberi kesempatan oleh Allah untuk berbakti kepada mak abah, anak-anak, adik beradik, keluarga dan tempatku mencari rezeki di TM. Semoga TM terus maju kehadapan.

2) Hati ini ikhlas dalam melakukan semua perkara. Bersangka baik dan membuat kebaikan dengan semua makhluk di bumi ini.

3) Apa jua pekerjaan yang mama lakukan niatnya kerana Allah SWT. 

4) Semoga Allah merahmati dan memberkati setiap apa yang telah Dia kurniakan kepada mama dan keluarga. 

Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah
Allahuakbar

Moga kita semua mendapat kasih sayang dan rahmat dari Allah SWT.

Jumpa lagi, sayonara !!

Ahad, 24 Februari 2019

Run Yes2Health by Club TM MSC @ Maeps, Serdang

Assalamualaikum semua

Mulakan minggu ini dengan ceria walaupun ada cerita yang kurang enak di terima. Apa-apapun kehidupan perlu diteruskan. Kita ikut je flow yang Allah dah aturkan. Sesungguhnya perancangan Allah itu yang terbaik buat kita. Pasti ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku.

Haaaa...apa-apapun, jom lah kita jalani cara hidup sihat. Permulaan run untuk tahun ini yang mama join bersama rakan-rakan TM.

Seperti biasa, kalau nak join fun run ni mesti kena bayarkan.Nan ado yang free nya tapi kalau anjuran sekolah ada gak kot yang free..hehe. So untuk run kali ini, kami cuma bayar RM20 sahaja, yang lagi RM20 tu Kelab TM Selangor bayarkan. Nampak tak jimatnya disitu 😊

Pagi tu kami berjumpa pukul 6.00 pagi di Petronas LTS tapi kali ini mama terlewat sikit...hihi. Kul 6.40 pagi baru sampai 😇😅. Sebab mama dah solat subuh siap-siap dari rumah, sampai je kat sana terus dua orang itu tukar baju run. Pastu gerak ke Maeps, Serdang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit sebab hari minggu, jalan clear..boleh lah mama pecut haha.

Disebabkan kami semua adalah first time menjejakkan kaki di Maeps Serdang tu, kena lah bukak google maps. Kami sampai dalam pukul 7.15 pagi dan nak parking tu memang senang lah. Sampai je boleh  terus parking, tak perlu susah-susah mencari. Dan sesampai je di sana, acara zumba dah start pun tapi dapat gak lah ikut dalam 15 minit macam tu. 

Ambik gambar dulu sebeum acara bermula

Wefie seketul dulu

Tiga sahabat


Dah habis acara..macam-macam posing keluar...haha

Duduk lepak-lepak dulu sebelum balik...penat wei hari ni, 5KM done.

Team Kelab TM Selangor. Kalau ikutkan ramai lagi ni tapi last minit ramai pulak yang tak dapat datang.


Apa-apa pun, kami enjoy hari tu. Pukul 930 pagi dah gerak balik. Ingat nak mengeteh dulu tapi mama ada hal pulak tak dapat nak join depa minum. Terlepas mama nak makan roti bakar telor goyang, eh!

Itu aje nak cerita...jumpa lagi

Sayonara !!

Selasa, 19 Februari 2019

Beli Set Bilik Tidur

Assalamualaikum semua

Setelah lebih seminggu mama tidor beralaskan toto...akhirnya renovation semua bilik siap dijalankan. Perghhhh...macam nak buat kenduri pulak haha. Eh tetiba ko rasa nak beli katil baru ye..hihi. Minggu lepas jugak mama sempat lah survey konon-konon nak beli tilam tapi nan ado surveynya sebab masa pergi Kedai Perabot Muhibah tu dah terbeli...😂😂

Nak kata excited pun tak jugak tapi kejadiaannya rasa macam nak sambut menantu pulak..😅 Dan yang semestinya, tilam tetap kena beli sebab yang lama dah tak boleh guna. So misi mencari tilam lah kita. Sebelum ni ada jugak lah mama buat perbandingan harga secara online...tengok laman web lazada, shoppee, fb...harga lebih kurang je dan harga yang diberi tu belum masuk lagi kos penghantaran. Akhirnya, ke kedai perabut jugak lah mama mencari. 

Sib baik ada promosi raya cina, dapatlah mama set katil ni dengan harga RM799. Harga ni termasuklah almari dua pintu, divan, almari solek dan meja sisi. Tilam tu harga lain ye...tawar punya tawar mama dapat tilam 9 inci ni dengan harga RM550. Pastu mama tambah lagi 1 almari untuk diletak di bilik tengah, pun dengan harga RM550. Mama tak pasti mahal ke murah tapi rasanya ok kot harga yang dibeli. Dapatlah mama free gifts 2 bantal dan 1 boolster. Jadilah dari tak ada kan 😄

Gigih tau nak divan warna putih. Dalam kedai display warna hitam tapi mama nak kelainan sikit. Sekali sekala kita ubah pilihan warna. Asyik warna gelap je kan. Puas hati walaupun tak lah mahal mana. Membeli ikut poket ye, jangan membazir 😇
 
Ada pulak kedai tu terlupa bagi kerusi almari solek ni...tak kan lah mama nak makeup berdiri pulak kan...huhu. Dah tak pasal-pasal mama kena ke kedai perabot semata-mata  ambil kerusi 😕

Close up sikit...



Almari bilik sebelah lupa nak snap...mula-mula tu mama dah survey dah almari ikea yang warna putih tapi bila check balik, harga almari dah ok dah, tapi kena tambah pulak harga penghantaran dan pemasangan...terus mama tak jadi beli. Iye lah, kalau nak beli nanti sapa  pulak yang nak pasang kan? Cantik memang cantik tapi sebab mengambil kira faktor yang telah disebutkan, maka terpaksalah mama cancel hajat di hati tu.

Tak apa lah,bersyukur apa yang ada. Alhamdulillah.

Jumpa lagi, sayonara !!

Ahad, 17 Februari 2019

Renovation Rumah - Projek buat tiles bilik

Assalamualaikum semua

Cuaca yang mendung pagi ini. Terasa sejuk setelah berpanas-panasan minggu lepas. Cuaca sekarang ni memang tak boleh nak di jangka kan. Sometimes tu rasanya panas melampau sampai nak keluar makan pun malas sebab panas terik. 

Kejadian minggu lepas, bersambung ke minggu ni. Habis berselerak rumah semata-mata nak buat tiles kat dalam bilik. Ini semua pepijat punya pasal lah...hahaha. Apa-apa pun, memang nak kena kemaskan lah rumah tu. Nanti time raya tak perlu dah mama nak sibuk-sibuk kemaskan rumah 😃

Bilik tidur utama

Tingkap tu mama ubah jadi 2 panel je...cantik sikit hehe

Hasilnya….I like 😄

Bilik tidur 2 - cadangan bilik ni mama nak buat tempat solat dan tempat gosok baju

Tadaaaa….hasilnya

Bilik no 3 merangkap bilik anak-anak lelaki mama

Hasilnya belum di snap....haha

Kos keseluruhan untuk buat mozek dalam bilik ni (3 bilik) anggaran dalam RM3.5- 4 k. Harga ni dah masuk sekali dengan tiles, simen, pasir semua. Mama serahkan semua kat wak amin untuk uruskan. Kalau dulu masa beli tiles, boleh beli kat kedai adik mama keje tapi mama malas lah nak ulang alik, dulu ada en suami dia yang akan uruskan, la ni...semua mama kena buat sendiri kan...so serah je pada yang pakar. Cuma kena sediakan ongkosnya….

Itu aje nak cerita…

Jumpa lagi, sayonara !!

Khamis, 14 Februari 2019

Dak bongsu belajar memasak

Assalamualaikum semua.

Salam hari Jumaat yang mulia. Jom lah kita submit doa banyak-banyak. Mana lah tahu kan ada di antara doa kita itu Allah makbulkan dengan segera. 😊 

Semalam petang balik keje terus mama memasak untuk makan malam. Dah lama kot dapur tak berasap sebab keadaan rumah tengah huru hara sekarang ni. Nanti dah siap kejadiaannya mama cerita ye...hehe. Walaupun hidup bertiga di rumah dan yang tiga lagi di asrama, masak tetap kena masak kan. Nanti berkutu pulak beras kat rumah tu..hahaha

Menu semalam masak simple jek...nasi putih berlaukkan masak lemak telur with suhoon dengan ayam goreng tepung bestari. Dak kecik ni sibuk nak tolong mamanya memasak so kita bagi peluang lah kan. Biarkan lah dia nak tolong, nanti dah besar pandai dah buat keje. 😍😎

Khusyuknya lah wahai anak...abaikan dapur yang bersepah itu ye..haha

Hah....dah pandai tengok ayam tu dah masak ke belum.  Suh buat peace tak mo pulak. She is malu 😜

Taraaaa….dah siap. Hasil gorengan pertama dengan bimbingan mama. Gorengan yang kedua mama tinggalkan aje dia buat sorang-sorang. hahaha

Cantik kan kejadiannya 😋

Itu je nak cerita. Untuk kenangan anak-anak bila mereka besar nanti.

Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 13 Februari 2019

Hang out lagi...

Assalamualaikum semua..

Kisah semalam, aktiviti bulanan kami...makan dan makan dan makan 😆😋



Setahun yang lalu….tarikh yang sama, tempat yang berbeza...owh ye, kurang 2 orang geng TMUTM sebab jauh, kami pergi time lunch hour so masa adalah singkat.


Perkara yg wajib setiap kali berjumpa...wefie



Ntah apa lah yg dibualkan….sampai begitu nau gelaknya.

Gambar makanan mama tak snap pun sebab dah selalu pergi...eh! Simpan sini untuk kenangan. Kali ni tak update kt fb sebab malu...hahaha. Nanti orang cakap mama ayu ni asyik makan, makan, makan….huhu. Tapi peduli apa orang nak cakap apa kan? Asalkan tak mengganggu kehidupan orang lain. 

haa...lagi satu, kalau dak wany tahu lah mama pergi Seoul Garden ni...abislah. Jeles tau dia. haha 😎

Jumpa lagi, sayonara!!


Isnin, 11 Februari 2019

Balik Kampung CNY Holiday

Assalamualaikum semua

Selamat kembali bekerja. Mencari rezeki kerana Allah semoga Allah permudahkan urusan kita dan memperolehi rezeki yang berkat. Mama trowbek lah percutian 5 hari di kampung Sempang Pantai, Merlimau, Melaka tempat kelahiran mama 👪. Ambil dak kembar di asrama pukul 1030 pagi, sekali amekkaw...baju seminggu dorang tak basuh, alamat nya bawak balik basuh kat rumah. Ingatkan dari asrama nak terus gerak ke Melaka tapi sebab banyak barang kan....so patah balik rumah hantar barang-barang. Sib baiklah asrama korang dekat je ngan rumah anak oiii 😇

Singgah RnR Dengkil isi perut dulu...nanti tak de lah nak berhenti-henti lagi

Dak awie sorang je makan nasi, yang lain makan ringan-ringan je...mama order sate kajang & set A&W


Bertiga aje mainnya, abang-abang main PS2 kat hall belakang. Tunggu yang lain-lain balik, baru penuh lah rumah mak

Cari makan malam-malam. Anak-anak nak makan tomyam

Esoknya pergi kenduri akikah anak sepupu kat rumah pak njang. 

Ntah pinggan ke berapa lah dua beranak ni makan kambing 😋😅

Dah kenyang makan, jom kita balik. Sempat lah snap pic kt jambatan ni. Nice view kat belakang tu kan

Bersama anak dara sorang ni. Nasib lah dia pun cuti gak seminggu, dapatlah teman mama jalan-jalan


Ikut mak buyung ke Pantai Siring, hajat di hati nak cari kerang tapi kerangnya tak ade...huhu



Day 3 - menu nasi minyak, ayam masak merah dan acar nenas menu tengahari. My adik ggirl yang masak, mama tolong basuh ayam & goreng ayam je...haha.


Makan ramai-ramai macam ni memang seronok kan...habis licin semua

Malam tu ada bbq tapi tak de gambarlah pulak 😭😭😭 ramai tau sepupu sepapat, mak-mak sedara, pak-pak sedara semua join. Dah macam family day tau, sob sob

Dan keesokkannya pulak ada kenduri arwah nenek 100 hari. Naikkan batu nisan. (pun tak de gambar 😢, pagi tu rewang sampai pukul 2 petang)

Birthday surprise untuk anak buah, Syifa yang lahir pada 5/2/2010. Petang tu sempatlah mama ke Secret Recipe berdekatan dengan Politeknik Merlimau. Kek SR menjadi pilihan sebab bila makan dah tentu habis kan. Kalau beli kek biasa-biasa ni, ada masa krim je tebal...Budak-budak tak suka. Haaaa...sekali makan habis, rasa macam tak cukup pulak...hehe

Tengoklah muka dak kembar tu...Nampak teruja sangat haha. Sabar ye nak...4 hari lagi birthday korang...membilang hari lalalala

Hari Rabu sebelum nak balik tu...singgah Pantai Siring. Dak Liyana nak main belon air

Ada pengunjung yang main layang-layiang. Bebudak ni nasib baik tak mintak pulak...haha

Menunggu matahari terbenam.

Mama, jangan lupa hari jadi iman imin 3 hari lagi tau...hihihi

Termanggu ku sendirian 🙇🙇 

Melihat matahari terbenam sambil berfikir betapa indahnya ciptaan Allah. Terlalu banyak yang telah Allah beri. Allah ambil nikmat sedikit  sahaja tetapi diberi Nya nikmat berlipat kali ganda. Nikmat hidup, nikmat kebahagiaan, nikmat kasih sayang, nikmat rezeki, nikmat dapat selalu berzikir mengingatinya, nikmat ketenangan dan macam-macam lagi. Allahu, betul lah apa yang di sebut, "Nikmat mana satukah yang hendak engkau dustakan?". Betapa Allah itu Maha Pengasih dan maha Penyayang. Cari redha Allah dan berdoalah…
"Ya Allah, jadikanlah aku insan yang Kau sayang dan Kau kasihi, aku memerlukan perhatian dari Mu Ya Rabb, bimbinglah aku ke jalan Mu. Aamiin."

Itu aje percutian kami kali ini, tunggu bulan 3 pulak nanti di cuti sekolah. 

Jumpa lagi, sayonara.