Selasa, 16 Jun 2020

Suratan atau Kebetulan

Assalamualaikum semua…


Sampai sudah hajat untuk ke Melaka minggu lepas. Tiga hari bercuti tapi rasa tak puas sebab tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Hajat nak ke pantai pun tak lepas lagi ni, dapat tengok dari kejauhan saja. Dia kan, kalau dapat pergi pantai, dapat lepak-lepak melihat terbenamnya mentari petang, merenung air di tengah-tengah lautan tu, menggapai buih-buih dipergigian pantai tu, ah! indahnya lah rasa 😍 Nampak gayanya kena bercuti lagi lah nampaknya. Sapa nak teman ni 🙋...hihihi



Terkadang, suratan yang berlaku dalam hidup kita adalah secara kebetulan. Apa yang berlaku, tetap akan berlaku. Kita sebagai manusia hanya lah seorang musafir yang Allah jadikan bagi mengindahkan alam ini. Baik perlakuannya, maka baik juga lah pengakhirannya. 

Terkadang, hal-hal yang berlaku memang tidak pernah kita sangka. Semuanya telah Allah aturkan. Kita ibarat seorang pelakon pentas yang mana kita yang melakonkan sesuatu watak dalam lakonan. Watak yang mempunyai pelbagai karektor yang hanya kita sahaja mengetahuinya. Baik watak lakonan kita, maka persepsi orang terhadap kita pun baiklah, tetapi bila jahat watak lakonan kita, maka persepsi orang akan berubah. Begitulah relate nya perhubungan kita antara sesama makhluk. Tidak semua orang akan suka pada kita atau benci pada kita. Ini adalah kerana, manusia mempunyai pilihan masing-masing, kerana perlakuan dan tingkah laku kita adalah subjektif. Pandangan manusia yang berbeza-beza ini lah yang melahirkan kepada keindahan duniawi. 

Terkadang, apa yang berlaku memang telah kita rancangkan. Setiap rancangan yang kita buat, kita telah aturkan mengikut kehendak kita. Sama ada rencana kita itu berjaya atau tidak, hanya Allah yang menentukan. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang.




Masa depan yang kita pilih berada di tangan kita sendiri. Bagi aku, aku tidak akan sekali-kali mengkhianati prinsip yang telah aku semai di dalam hati. Walaupun terkadang ia tersasar dari landasan hidup ini. Allah...tolong lah aku, aku mengharapkan belas kasihan dari-Mu. Peliharalah aku, lindungilah aku Ya Allah.

Terkadang...aku terfikir, hidup ini untuk apa? Rasa macam nak pergi jauh dari dunia ini, tapi masih ada amanah yang perlu aku tunaikan. Masih ada harapan yang perlu ku gapai, masih ada sinar yang menanti. Aku harus kuat demi anak-anakku. Mereka adalah amanah Allah untuk aku jaga, untuk aku sayang. Moga Allah redha akan perjalanan hidupku.

Setiap kejadian yang berlaku dalam hidup ini, sebahagiannya telah dapat aku tempuh. Kehidupan yang penuh liku-liku disebalik wajah yang redup ini. Aku tidak mungkin akan berkongsi rahsia melainkan dengan orang yang aku sayang, walaupun tidak sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya terlepas sedikit beban di hati ini. 😎

Aku bukanlah seorang yang mudah untuk sukakan orang tetapi bila aku dah suka...beruntunglah orang tu...hehe. Tapi tak salah kan kalau setakat suka je…

Dah blurr pulak...sambung nanti lah.

Jumpa lagi, sayonara !!




Isnin, 8 Jun 2020

Ku sebut namamu dalam doaku...

Assalamualaikum semua…

Semalam ramai orang gembira sebab dapat merentas negeri selepas 10/6/2020. Kerajaan dah umumkan pun, tapi SOP yang ditetapkan haruslah dipatuhi. Haaa...sapa-sapa yang tak beraya lagi dengan mak,abah tu...boleh lah balik jumpa dengan wali keramat. Aku macam biasa, mak abah depan mata masa raya 😊...tapi tetap jugak nak balik Melaka. Bukan apa, sebaik je PM umum dalam tv semalam, terus je dapat call dari mak...minggu depan bawak mak balik kampung tau...haha. Iya lah mak...anakmu menurut perintah 😂😂😂
Dalam gembira tu, simpan sikit perasaan takut eh! Wabak covid ni belum berakhir lagi...sama-samalah kita menjaga diri masing-masing. Sayangi keluarga tersayang. 

Dalam hidup ini, semua orang ada misi masing-masing. Hala tuju kehidupan yang kita ingini. Bagi aku, aku pilih hidup bersederhana. Sudah menjadi rutin harian, bangun pagi ~ kerja ~ balik rumah ~ masak ~ basuh kain ~ tido...😴 Hari minggu pulak, pergi rumah mak ~ jogging. Nampak tak macam tak banyak aktiviti. Sebab itu, dalam kepala ni ada je nak cari tempat nak jalan-jalan…haha. Sementara anak-anak semua ada kat rumah ni, boleh lah bawak anak-anak jalan-jalan nanti. Dak awie pasni kena focus untuk SPM, mama doakan anak mama lulus dengan cemerlang nanti. Aamiin

Malam ni sunyi pulak rumah. Yang sulong tu dah pergi rumah neneknya. Hmmm....bayangkan nanti semua anak-anak dah besar, mesti mama sunyi 😔 . Ok tak pe, kita terima hakikat.

Setiap hari aku berdoa agar Allah pelihara aku dan anak-anak, mak abah, adik beradik dan kaum muslimin dan muslimat di dunia ini. Tapi ada seorang yang istimewa, tetiba aku masukkan nama dia dalam doaku...😉 Mungkin sebab kami dah jadi rapat dan dia rajin melayan aku yang sewel ni...hahaha. Maaflah teman, terpaksa pulak menemani ku yang ntah apa-apa. Bersabar lah ye melayan kerenah aku. Aku tidak mengharapkan lebih pun, ada teman berbual pun dah cukup….hihi. Terima kasih sahabat yang memahami. Terkadang aku rasa sayang padamu, tapi janganlah perasaan sayang itu disalah anggap. Kita tetap sahabat selamanya okey…Moga kau sihat-sihat selalu dan berbahagia disamping keluarga tercinta.


ok lah...sampai sini dulu, tunggu lain coretan.

Jumpa lagi, sayonara !! 

Ahad, 7 Jun 2020

Keajaiban Sedekah Subuh

Assalamualaikum semua…

Selamat berhujung minggu. Hari ni nak share sikit lah pasal sedekah subuh ni...aku dapat ni pun dari group wasap kerja, ada member hantar. Tetiba terkesan pulak, dan kami sekeluarga cuba amalkan. Jomlah sama-sama kita praktikkan.

APAKAH SEDEKAH SUBUH?
Sedekah subuh ialah sedekah yang diberikan pada waktu subuh iaitu sebaik sahaja matahari terbit atau masuk waktu subuh dan dilaksanakan sebaik-baiknya selepas seseorang itu solat subuh. Jangkawaktu yang dicadangkan ialah selepas subuh sebelum masuk waktu syuruk. Pendekatan sedekah ini dilaksanakan dengan memasukkan sedikit wang ke dalam satu bekas secara istiqomah selama 40 hari, 

CARA MELAKSANAKAN SEDEKAH SUBUH
1. Sediakan sebuah bekas transparent (pandang tembus) seperti bekas kuih raya dan label SEDEKAH SUBUH + NAMA ANDA.
2. Letakkan tabung itu depan tempat anda solat subuh setiap hari (supaya tak lupa)
3. Setiap hari selepas solat subuh anda masukkanlah sedekah anda dalam bentuk wang tunai - tak kira berapa RM/sen ikut ikhlas - sewaktu hendak memasukkan sedekah itu, anda niatlah apa hajat hati anda dengan terperinci (untuk dunia dan akhirat)
4. Doa lagi selepas memasukkan wang itu dengan bahasa yang mudah dan anda sendiri faham (doa awal pagi akan diaminkan oleh para malaikat )
5. Waktu mustajab ialah waktu matahari mula terbit (selepas solat subuh) dan sebelum waktu syuruk. Kalau dah terlepas waktu tersebut, masukkanlah juga tetapi kalau nak waktu yang paling mustajab, maka segerakanlah. Jangan terlepas waktu syuruk tu.
6. Simpan selama 40 hari atau 30 hari untuk memberikan kesan disiplin dan istiqomah dalam rutin hidup anda.

APA NAK BUAT DENGAN DUIT SEDEKAH SUBUH TU?

1. Join Team Sedekah Subuh. Kami membuat projek-projek kebajikan seperti wakaf (sekolah, masjid, Al-Quran, jalan, telaga dan lain-lain), supaya dapat menimbulkan semangat Ukhwah dan hasilnya Nampak secara jelas. Team Sedekah Subuh akan membahagikan sumbangan itu kepada wakaf, sarapan pagi anak yatim dan fakir miskin, serta lain-lain kebajikan. (rujuk facebook : Sedekah Subuh atau Mahawa Pilus)
2. Tuan/puan boleh agihkan sendiri sama ada dalam bentuk tunai atau barangan kepada penerima yang tuan/puan fikirkan layak dan sesuai.
3. Beli makanan kucing, burung dan sebagainya – sedekah kepada haiwan.
4. Beri kepada ahli keluarga, yang termasuk dalam golongan anak yatim atau asnaf iaitu layak menerima zakat.(misalnya sepupu/anak buah)

Bagi sesiapa yang ingin Sedekah Subuh mereka menjangkau pelbagai projek sama ada dalam atau luar negara walaupun sedekah anda hanya sedikit. Jangan ragu-ragu untuk bank in ke MAYBANK NO 562263519387 AKAUN RASMI PERTUBUHAN KEBAJIKAN SEDEKAH SUBUH. masukkan ke sini dan akan diuruskan oleh team Sedekah Subuh. Buka page SEDEKAH SUBUH @FB Mahawa Pilus atau GROUP MMR DAN SEDEKAH SUBUH untuk melihat ke mana wang anda disalurkan. 
Jazakallahu khaira.

Ok, petikan ni aku ambil dari FB Sedekah Subuh


Permulaan

Sekarang...alhamdulillah

Dah boleh agihkan, semoga istiqomah dalam urusan harian. 😊

Jumpa lagi, sayonara !!


Khamis, 4 Jun 2020

Mari Menabung

Assalamualaikum semua…

Ceriakan pagi Jumaat yang indah ini. Jom lah kita submit doa banyak-banyak, mana tahu salah satu doa kita Allah kabulkan.


Gambar dari group wasap


Sejak PKP ni, kurang semua aktiviti harian...nak berjalan sangat pun tak boleh apatah lagi nak berbelanja. Moratorium yang kerajaan bagi, kita manfaatkan sepenuhnya. Alahai bank pun, kita dah sediakan duet, tak mahu pulak dia buat potongan. Aku ni dah lah sejenis malas nak pergi bank, yang mana boleh transfer, aku transfer...sebab tu semua pembayaran aku buat autodebit. Senang, malas nak pikir-pikir, sediakan aje duetnya dalam bank...nanti pandai-pandailah bank tu deduct sendiri...haha. Tapi dah dua bulan ni, tak mahu pulak bank tu amek duet aku 😇. Maka dengan rasminya, jomlah kita menabung ye anak-anak. Duet raya korang mama masuk dalam Tabung Haji. Memang mak bapak zaman sekarang, duet anak-anak lagi banyak dari mereka, eh! 



Simpanan dalam Tabung Haji sekarang dah tak guna buku ye...guna IC je. Teknologi dah canggih, kita kena ikut peredaran semasa. Masa depan anak-anak mak bapak yang tentukan, tetapi kalau melibatkan soal jodoh biarlah mereka tentukan sendiri 😅. Kita doakan yang baik-baik aje.

Moga anak-anak membesar menjadi insan yang berguna, taat pada Allah dan mempunyai akhlak yang terpuji serta berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin

Jumpa lagi, sayonara !!


Rabu, 3 Jun 2020

Kebenaran itu akan terserlah jua akhirnya...

Assalamualaikum semua…

Tengah buat apa tu? Petang-petang macam ni best jugak kalau dapat berjongging dekat tasik kan? Dengan cuaca yang mendung berangin ni...bestnya rasa. Tunggulah hujung minggu ni, kita cuba eh! haha

Gambar kredit to FB


Mengenali sikap manusia yang berbagai jenis ragamnya, ada yang membuatkan kita happy, ada yang menjengkelkan, ada yang ntah apa-apa, haaaa...hadap je lah. Setiap aturan Allah itu pasti ada sebab yang tersendiri. Dan aku sendiri tidak terkecuali dalam percaturan itu.

Berjumpa, berbual dan mengenali...ada masanya pertemuan yang singkat itu boleh mendatangkan pelbagai rasa dan menjadikan kita salah faham antara satu sama lain. Mungkin aku ditakdirkan untuk berjumpa dan mengenali seseorang sebagai seorang yang boleh dikongsi perasaan, menjadi tempat luahan tapi aku menerimanya sebagai satu ketentuan untuk aku memikir dan menerima seadanya.

Sekarang aku mengerti dan sangat mengerti, kenapa itu berlaku. Tetapi bagiku itu tidak mengapa. Aku menerimanya walaupun...rahsia kalian itu tetap akan aku simpan untuk kenangan hidup ini.

Aku memandang setiap sudut kehidupan dan aku belajar apa kemahuan hidup ini. Tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Tetapi setidak-tidaknya, impian yang ingin kita kejar akan tercapai juga suatu hari nanti. Berusaha dan berdoa selalu, moga Allah kabulkan permintaan kita.

Apa pun yang berlaku, yang telah berlaku dan yang akan berlaku...aku akan tempuhinya. Kerana aku tahu, Allah itu Maha Mengetahui dan aku yakin Allah sangat sayangkan aku sebagai hamba Nya.

Perkenalan hujung tahun 2019, walaupun mengambil masa hanya 2 bulan...amat memberi kesan ke dalam hatiku. Mungkin Allah nak tunjukkan kepadaku bahawa hidup ini indah dan carilah keindahan hidup ini. Think of yourself and never get back. And now I believe that life is about choice. I choose what i want to be. Just forget what is happen last time. Past is past, and life must go on with happiness.

Sesungguhnya, apa yang kita fikirkan, apa yang kita mahukan adalah dengan keizinan tuhan jua.  Moga Allah redha.

Jumpa lagi, sayonara !!