Khamis, 30 April 2020

Birthday Anak Sulong - Nursyazwany

Assalamualaikum semua…

Hari Jumaat yang indah. Hari ni genap anak sulongku berumur 20 tahun. Lahir pada 1 Mei 2000. Senangnya nak kira umurmu duhai anak...hehe.



Aku berkahwin pada umur 21 tahun. Jodoh sampai awal lah katanya….hihi. Habis pengajian di Politeknik Kota Bharu, aku tak hadiri pun convocation pertamaku di sana sebab masa tu aku akan diijabkabulkan dengan suami pilihanku. 💖💖👰 Tak dapatlah aku merasa suasana convocation pada waktu itu. haha. Tapi tak per, sebab ada hari yang lebih membahagikan hidup ini…

Begitulah jodoh. Ada masa kita suka, ada masa kita bertengkar, ada masa kita menjauh. Sebab itu orang tua-tua kata, kalo jodoh tidak kemana. Bagi aku, perkahwinan itu ibarat satu pertalian yang indah. Bila masuk je alam rumahtangga, hidup hanya focus pada suami dan meninggalkan yang lain. Banyak kenangan di luar sana yang perlu aku lupakan dan setia pada yang satu. Sepanjang 18 tahun, itu lah yang aku lakukan. Aku mengharapkan kesabaran, kesetiaan, dan kasih sayang yang aku curahkan mendapat redha Allah SWT.

Lahirnya permata hati kami menyerikan lagi jalanan kehidupan seharian kami. Masa aku di dalam labour room tu bila terpandang je wajah mak, terus air mata ini mengalir...tetiba sebak pulak. Besarnya pengorbanan mak melahirkan aku dan adik beradik yang lain. Dan sewaktu aku 
kesakitan untuk melahirkan, ada suami di sisi melihat keajaiban tuhan. Merasa lah dia perasaan menyambut anak sulong dan memberi semangat kepadaku. Semua itu kenangan yang tidak mungkin aku lupakan.

Buat anakku Nursyazwany Binti Syahrul Azwan - mama doakan dirimu sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah SWT. Semoga kamu berjaya di dunia dan akhirat, mendapat jodoh yang baik, mendapat rakan-rakan yang baik dan dikelilingi oleh sahabat yang baik. Moga menjadi anak yang solehah dan mendengar kata. Mama sayang anak-anak mama.


Love is everywhere. And I know; Allah love me more 😍💕💕

Jumpa lagi, sayonara !!

Ahad, 26 April 2020

Tengok Drama Je Pun...

Assalamualaikum semua…

Monday blues ke tu? Haha...Lemau betul bulan-bulan puasa ni terkurung di dalam rumah sendiri. Nak keluar pun tiada keperluan, duduk sahaja lah di rumah. 😅😅

Malam tadi selepas tarawih, aku bukaklah tv, lama rasanya tak tengok tv malam-malam tetapi ntah apa sebabnya...tengok lah tv sesambil moreh tu. Moreh makan coklat & popia cheese je...nak makan nasi tak berselera, walhal ko dah melantak sepinggan nasi masa berbuka puasa tu...hehe

ok lah...aku tengok drama air mata , tajuknya Insan Terpilih...rupa-rupanya drama ni dah pernah ditayangkan di tv tahun 2019....haha. Sebab aku ni bukanlah penggemar sangat cerita melayu, tapi boleh layanlah...aku pun tengok lah. Pelakon dia biasa-biasanya je...tapi sangat terkesan kat hati aku ni...huwaaaa 😭😭😭😭😭 

Aku tengok cerita ni sampai habis, merembes air mata aku keluar tanpa dapat di tahan lagi...sedih sangat rasanya. Berbahagialah rasanya jika kita tahu akan dekatnya kematian kita dan kita dapat membuat amal kebaikan...Allahu, moga aku dan kalian semua mati di dalam keadaan husnul khatimah.

Moga kesudahan hidup kita berakhir dengan kematian yang baik, dan semoga Allah menutup aib kita - kesalahan-kesalahan yang pernah kita lakukan sebelum ini. Allahuakbar…

Tengok drama je pun...tapi kesan dia sangat menyentuh hati.

Jumpa lagi, sayonara !!

Jumaat, 24 April 2020

Ramadhan Tiba Lagi

Assalamualaikum semua…

Salam Jumaat yang indah...hari ni just nak ucapkan Selamat Berpuasa pada semua...moga Ramadhan tahun ini memberikan impak baru dalam kehidupan kita.

Gambar dari wasap group

Sebab kita keje TM...proud to be 😍

Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 22 April 2020

Kemaafan yang Terindah

Assalamualaikum semua…


Hari ini merupakan hari terakhir sebelum menjelangnya Ramadhan 2020. Dikesempatan ini, aku ingin memohon kemaafan kepada kalian yang pernah hadir dalam hidupku.

Gambar kredit to google


Aku tahu setiap orang pasti akan melakukan kesilapan dalam hidup & aku tahu setiap yang berlaku adalah dari ketentuan Allah jua. Begitu juga dengan pertemuan ini, ada masa nya kita tidak saling mengenali tetapi terjumpa pula dan menjalinkan salam perkenalan di antara kita. Begitulah Allah merancang dan menentukan. Sesungguhnya, aku amat berterima kasih kerana dikurniakan kawan-kawan yang memahami diri ini. Oleh itu, sebelum Ramadhan menjelma, aku ingin memohon kemaafan;

~ Andai aku TERUMPAT
~ Andai aku TERKATA
~ Andai aku TERSALAH SANGKA
~ Andai aku TERSUKA
~ Andai aku TERKELIRU
~ Andai ada KATA-KATAku yang MENGGURIS PERASAAN

Aku menujukan ucapan khas ini kepada kalian yang pernah dekat denganku di tahun 2019 dan ada yang sampai ke hari ini. My thought about all of you come deep inside my heart dan aku pernah menitipkan DOA yang baik-baik untuk kalian. Moga kalian semua menemui jalan BAHAGIA dan hidup di dalam rahmat kasih sayang Allah SWT. 

Benarlah orang tua kata, kita tidak boleh menilai seseorang sehinggalah kita bertemu dan berkawan dengan mereka. Jangan percaya pada kata-kata orang. Tidak semua orang akan suka pada diri kita kerana manusia mempunyai pilihan untuk berkawan, Dan aku sedar apabila Allah menemukan aku dengan rakan-rakan yang baik untuk aku menilai dan menjadikan aku lebih matang dalam menjalani hidup ini. Terima kasih Allah atas anugerahMu yang tidak terhingga.

Selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Ramadhan yang ditunggu telah tiba. Moga kita menemui keberkahan dalam melakukan ibadah seharian. 

Aku berkawan dan mengenali kalian kerana Allah, mudah-mudahan perkenalan ini akan terus kekal dalam ingatan.

Wasalam.

Jumpa lagi, sayonara !!


Ahad, 19 April 2020

Menulis Puisi @ Sajak

Assalamualaikum semua…

Lama betul aku tak menulis puisi atau sajak. Zaman sekolah dulu setiap tahun tulisan aku mesti masuk dalam majalah sekolah 😄. Lama tak praktik ni, rasa-rasa dah boleh start menulis balik eh!
Cerpen pun aku tak siapkan lagi...baru part 1 je, nak sambung tak de mood pulak. Aku bukan apa, kalau dah start menulis ni, emosi kena lebih...effort kena lebih. Kang tak pasal-pasal, sambil tulis aku boleh menangis pulak. Haruuu jadi nya 😇😅

Ok lah, aku nak tulis sajak apa hari ni...lama tak asah bakat 


RINDU...

Merenung keluar jendela
Aku teringat kisah silam kita
Engkau bukanlah yang pertama
Tapi aku mengharapkan 
Engkau adalah yang terakhir

Masih ku ingat
Diwaktu itu
Aku yang memulai perkenalan kita
Saat itu aku merasa bahagia

Terima kasih teman
Kerana sudi menerimanya
Kuhulurkan secebis kasih
Selautan sayang kau berikan
Kerana sayang ini…
Kerana kasih ini…
Kita disatukan

Masa berlalu
Hari demi hari
Kasih bersemi selamanya
Ku sangka bahagia ini selamanya
Tetapi aturan Allah
Siapa yang tahu…

Kau pergi tanpa pesan
Meninggalkan aku 
Tidak pernah ku menduga
Begini akhirnya…

Kesepian itu
Biar ia berlalu pergi
Hilangmu tidak aku mencari gantinya
Aku pasrah
Andai satu masa nanti
Terbuka hati
Semuanya kuserahkan 
Pada Ilahi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rahim

Sesungguhnya kuserahkan hidupku, matiku, ibadahku, rezekiku, amalku hanya kerana Mu Ya Allah.
Pilih lah aku menjadi insan yang Kau Sayang. Terima kasih Allah.


Jumpa lagi, sayonara !!

Jumaat, 17 April 2020

Terjebak drama Rindu Yang Terindah

Assalamualaikum…

Hari ini merupakan Jumaat terakhir sebelum bertemu Ramadhan. 7 hari lagi menjelang Ramadhan kareem, moga kita semua bertemu dengannya. Ah, tak sabar pulak. Hari ni, dapat jugak aku khatam al-quran, impian untuk menghabiskan ayat suci al-quran sebelum menjelang Ramadhan dapat jugak aku tunaikan. Alhamdulillah...berkat Stay@home ni, ada jugak lah hikmah yang tersembunyi yang Allah beri. Betapa luasnya kasih sayang Allah. 😊

Oh, berbalik pada tajuk kat atas nun...aku suka pulak tengok cite Rindu Yang Terindah. Aku suka tengok hero yang berlakon tu...yang jadi along tu..nama apa ntah, aku ni susah nak ingat nama orang...lebih-lebih lagi retis..hehe. Apa-apa pun lagu tema cite ni amat menyentuh perasaanku...


Lirik Lagu Cukup – Rizal Rasid


Berat rasa hati
Tuk pergi jauh darimu
Meninggalkanmu setelah kita merasa bahagia
Setelah bertahun rasamu semakin pudar
Mencintaiku dan aku kini menyendiri

Cukup sampai disini saja
Perjalanan cinta ku kepadamu
Lelah hati ini lelah disakiti
Ku cuba bertahan
Tetap ku tak bisa melupakannya

Dan aku akan mengalah dari cintamu yang pernah kau beri dulu
Akan ku pastikan kau bahagia

Cukup disini saja
Perjalanan cinta ku kepadamu
Lelah hati ini lelah disakiti
Ku cuba bertahan
Tetap ku tak bisa
Melupakanmu
ok lah...tak nak jiwang-jiwang dah, ye ke? hahaha
Jumpa lagi, sayonara !!!!

Selasa, 14 April 2020

Anugerah Perasaan - Suka, Sayang dan Cinta

Assalamualaikum semua…

Apa khabar korang? Harap2 nya sihat-sihat belaka. Musim Covid-19 ni...semua orang pun terperuk kat rumah...Haaa, jangan nak jalan2 kesana kesini pulak ye. Stay@Home orang putih kata 😆 Mula-mula tu memang tak biasa, tapi lama kelamaan tu nanti ok lah…

Gambar kredit to google


Aku ni suka ros biru. Ntah tak tahu lah kenapa...tapi bagi aku ros biru ni unik sebab warna tu susah nak dapat...hehe. Seunik perangaiku, haha. Ada sape2 nak hadiahkan aku ros biru tak? 😇

Aku ni kalau dah kata SUKA, memang aku suka betul-betul. Bab SUKA ni aku tak main-main sebab keberangkalian untuk aku suka orang tu memang SUSAH...haha. Yes, memang betul SUKA tu tak bermaksud CINTA sebab cinta itu adalah sesuatu yang sangat sukar untuk dimengertikan. So bagi aku, kalau dah suka tak bermakna kau akan memiliki kerana untuk memiliki perlukan satu komitment perasaan yang kuat. Berbalik pada perasaan SAYANG pula, rasa sayang tu bila kau rasa kau tak mahu untuk kehilangan. Tetapi ada masanya, perasaan sayang itu hadir bila kau dah betul-betul mengenali. Terkadang perasaan sayang itu boleh datang dan pergi sesuka hati. Perasaan CINTA itu adalah satu anugerah di mana kau akan sanggup lakukan apa sahaja demi orang yang kau suka dan sayang. Beruntunglah mereka bila ada yang mencintai. Bila dah ada orang suka, sayang dan cinta kat kau...jangan lepaskan dia. Walaupun kadang-kadang kau sendiri keliru dengan perasaan. Sesungguhnya perasaan itu boleh di pupuk dan di baja. 

Aku selalu berpesan pada anak-anak. Carilah seorang lelaki atau perempuan yang betul-betul ikhlas sukakan kita, sayangkan kita & cintakan kita. Kalau kita tak berapa suka kat dia pun, at least kita masih boleh cuba untuk membalasnya balik. Biasanya bila orang yang suka kat kita ni, dia susah nak tinggalkan kita bila ada masalah atau dugaan yang melanda. eh 💕💖

Itu pengalaman aku lah. Sebab arwah dulu macam tu...😍

Nota hati: aku rindu…

Jumpa lagi, sayonara !!

Khamis, 9 April 2020

Ulangtahun Perkahwinanku & Birthday Abah

Assalamualaikum semua…


Semalam merupakan wedding anniversary ku yang ke-21 tahun. Anniversary yang tak bersambut 😭...walau apapun kenangan itu tetap terpahat di hati sanubari ini. Akan ku bawa kenangan indah bersamamu hingga akhir hayatku. Haisssh, tetiba craving for cake SR. Tapi anak sulong kata tunggu birthday dia lah baru beli cake 😆😆 ...hmm ok lah mama tunggu je lah 1 Mei nanti...


kau yang ku sayang- Syahrul Azwan bin Ismail


Hari ini pula adalah hari lahir abah yang ke-66 tahun. Selamat Hari Lahir abah. Abah adalah abah yang terbaik bagi angah dan adik beradik. Jasa abah dan mak membesarkan kami tidak dapat kami balas hingga hujung nyawa. Hanya doa yang dapat angah & kami titipkan buat abah dan mak. 


Me & my luvly abah

Terima kasih abah atas doanya. Semoga abah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki dan dalam redha Allah SWT. Anakmu ini akan sentiasa mengingatimu hingga akhir hayatku.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku seorang abah dan emak yang sangat-sangat memahami diri ini. Tolong jagakan mereka untukku. 

Rindu hendak bersama mereka. Kau angkatlah penyakit Covid 19 ini Ya Allah. Aku rindu untuk berjumpa kedua orang tuaku. 

Aamiin Ya Rabb.

Jumpa lagi, sayonara !!

Isnin, 6 April 2020

Rezeki Allah dalam pelbagai bentuk

Assalamualaikum semua…

Semoga hari ini dilalui dengan penuh kegembiraan dan ceria. Senyum itukan awet muda. haha. So jangan stress-stress, chill chill sudah…



Gambar kredit to google


Rezeki dari Allah...petikan ini di ambil dari usahawan.com




1. Rezeki Yang Telah Dijamin.

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ 
“Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya.”
(Surah Hud : 6).


2. Rezeki Kerana Usaha.

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.”
(Surah An-Najm : 39)

3Rezeki Kerana Bersyukur.

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”
(Surah Ibrahim : 7).

4. Rezeki Tak Terduga.

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar.

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah.

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya.”
(Surah An-Nur : 32).

7. Rezeki Kerana Anak.

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa’ : 31).

8. Rezeki Kerana Sedekah.

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam rumahku dikunjungi wakil dari rakan sekolah arwah suami untuk memberikan sedikit sumbangan kepada keluargaku. Ini adalah rezeki yang tidak di sangka. Betapa Allah itu Maha Pemurah. Dia datangkan rezeki melalui perantara yang mana rakan-rakan arwah mewakilinya. Allahu, betapa besarnya kasih sayang Allah. Apa yang membuatkan aku terharu adalah ingatan rakan-rakan arwah kepada kami sekeluarga. Moga segala kebaikan kalian semua, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Walaupun arwah dah lebih 2 tahun meninggalkan dunia ini, masih ada ingatan dari rakan-rakan sekolah SMVKK, Vokasional Kuala Kangsar. Nampaklah di sini arwah sewaktu hidupnya dikelilingi oleh rakan-rakan yang baik. Syukur pada Mu Ya Allah atas anugerah Mu yang tidak terhingga. 😊😭😭



ok lah, tak boleh nak menulis banyak, ntah berapa kali aku terpaksa repeat untuk menulis. Asyik hilang-hilang je apa yang aku tulis...huhu.

Terima kasih Allah. Terima kasih buat rakan-rakan arwah. Aku doakan kalian semua berbahagia selalu dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Semoga kita semua hidup dalam redha Allah SWT.

Aamiin…

Jumpa lagi, sayonara !!

Sabtu, 4 April 2020

Hidup Sederhana

Assalamualaikum semua.

Salam Jumaat yang indah, penghulu segala hari. Moga hidup kita semua diberkati dan mendapat perlindungan Allah SWT.

Gambar kredit to google


Kehidupan kita ini hanyalah sementara. Allah hidupkan hamba Nya di muka bumi untuk membawa bekalan di akhirat nanti. Allahu, takutnya menghadapi kematian. Semoga kematian kita semua di dalam keadaan husnul khatimah...aamiin

Gambar di ambil dari FB


Hidup adalah pilihan. Pilihan yang terletak pada tangan kita sendiri. Bila kita pilih untuk kaya, maka berusahalah ke arah itu. Bila kita pilih untuk menjadi orang soleh, maka jagalah tingkah laku dan perbuatan serta belajarlah mendidik hati untuk mengejar redha Allah. Kalau kita pilih untuk sihat, berusahalah dengan menjaga kesihatan. Kalau kita pilih untuk bahagia, carilah bahagia itu. Apa yang paling penting ialah DOA. DOA adalah senjata orang mukmin.

Orang yang pernah susah, dia akan beringat bila dia berada di atas. Aku dulu di masa kecil pernah merasa makan burger pun di potong empat. Ko bayangkanlah kan, sekecik-kecik burger ramly tu dipotong 4 dan di bahagi sama rata untuk 4 beradik 😂😂. Yes, aku tahu bukan kami sahaja yang mengalami situasi macam ni, ramai lagi yang sebaya dengan aku mempunyai nasib yang sama. Hehe...tapi kalo nak diingatkan balik, perkara sebeginilah yang mengajar aku dan adik beradik menghargai di antara satu sama lain. Mengajar kami untuk berkongsi rezeki. Masih segar di ingatan, bila setiap kali abah dapat gaji hujung bulan, kami akan berjalan kaki ke KFC paling dekat yang terletak di Brickfields. Iyalah, abah bukannya ada kereta dan sampai sekarang abah masih tidak tahu bawak kereta. Hanya menggunakan motorsikal untuk ke mana-mana. Jika mak dan abah hendak balik kampung, kami adik beradik akan membawa mereka, ikutlah siapa yang free masa tu. Nasib baiklah dah ada rumah di kampung tu, dapatlah kami adik beradik beraya di sana. Kalau tidak, dahulu masa nak raya je, mesti arwah suami akan carikan homestay untuk kami berkumpul. Banyak jasa arwah pada aku isterinya kerana memberi aku peluang untuk berbakti kepada kedua orang tuaku. Aku bersyukur kerana perjalanan hidupku direstui dan diberkati Allah SWT.

Pengalaman hidup membuatkan aku sedar bahawa laluilah hidup ini dalam bersederhana. Jangan malu terlihat miskin dan jangan berlagak bila dilimpahi kekayaan. Kesenangan hidup adalah landasan untuk kita memanfaatkan hidup ini. Sama-samalah kita mendidik hati untuk menjadi lebih baik dan ikhlas. Setiap orang pasti ada satu sisi baik dan buruk. Moga yang buruk itu Allah selindungkan dan yang datang pada kita adalah yang baik-baik. Moga kita semua  berada di bawah rahmat Allah.

Terima kasih Allah atas segalanya. Aku pernah melakukan dosa masa silam dan aku menyesali setiap perbuatanku. Aku bermohon kepada Mu Ya Rabb, moga Kau sentiasa melindungi aku, anak-anakku, mak abah, adik beradikku dan kaum muslimin dan muslimat di dunia ini. Kasihinilah kami dan sayangilah kami Ya Allah, kami memohon petunjuk dan hidayahMu.

Aamiin..aamiin...aamiin Ya Rabal'alamiin

Jumpa lagi, sayonara !!