Sejak mak buat rumah kat kampung ni, maka keraplah kami adik beradik balik kekampung. Pantang ada cuti jek..hello2 adik beradik sape2 yg free jom kita balik kg. Cumanya balik kali ni, adik yg bongsu tu bwk kawan2 dia datang rumah. Ada lah nak dekat 15 moto kot. Dorang travel dari KL ke Melaka pagi sabtu cuti Deepavali. Kitorg dah cadang nak buat bbq malam tu. Siap2 tempah kambing kt member adikku Seha. Ayam pulak, geng2 adik yg bongsu dh buat collection utk ayam & siap perap dah.
Di hadapan rumah bonda. Cantik view ni. Credit to adikku achik sbb amek pic ni.
Nampak tak bongkah2 kayu tu, itulah batang pokok manggis. 2 bulan lepas, pokok2 ni tumbang mencecah ke bumi akibat ribut. Pak usu panggil tukang pokok utk belah batang2 pokok ni dan inilah hasilnya setelah di tebang....hihi
Jam kul 10am adik bongsu wasap suh masak asam pedas. Gigihlah kami bwk mak ke pasar sbb nak cari ikan, nak masak asam pedas dan ikan yg paling win kalau masak asam pedas ni ialah ikan pari. Yummy....hasil air tangan adikku achik. Mak kata dia tak nak masak, suh anak masak pulak. Mama ayu tukang potong cili je lah...hihi tanganku x de skill kalau nak masak banyak2...
Lauk of the day...walaupun 3 jenis je tp 2 kali tambah nasik wei...hilang diet
Sesambil masak, the making of kuah asam utk bbq malam nnt. Lagi air tangan acik.
Dalam kul 330 pm, adik bongsuku & kawan2 dia pun sampai...apa lagi, terus serbu kt dapur sebab perut masing2 dah lapar kan. Sib baik tuan tanah dah makan dulu hihi
Bagus sungguh budak2 ni, pas makan basuh pinggan sendiri ko. Time dorg makan mama ayu lupa nak amek gambar sebab tgh sibuk goreng telor kt dapur...haha
Usai maghrib, ready for bbq dinner
Air asam + sos blackpapper + bawang holland + cili sos...kuah kicap jek x de
Untung betul...ramai nau tukang masak
Menunggu ayam & kambing bakar...amboiii, berpeluh-peluh ko dik
hasilnya....yummy
gambar kredit to acik sbb sepanjang kitorng makan tu, gambar makanan satu pun x amek...huhuhu
ni pun gambar pinjam....haha
Kejadian hari ahad sebelum masing2 pulang ke destinasi. Bila dah duk kampung ni, gunakan semua bahan yang ada utk pergi memancing. Asalkan ada kayu + joran, boleh lah kalau setakat nak tangkap ikan puyu...hehe
Aktiviti budak2 bujang....sekali sekala. Dak awie tu tunggu masa je tu. Kang kalau dah dapat moto sebijik, memang tak lekat kt rumah lah. Buat masa ni, en suami bg basikal je lah utk pergi balik sekolah. Tunggu dh 16 thn nnt, baru leh kira2 nk beli moto pulak.
Itu je lah aktiviti kat kampung ni. Anak2 memang tak rasa penat kalau dok sini, tahan pulak tu mata dorg x tido...tp bila masuk kete je, tak sampai separuh jalan dah hanyut...ketidoran semua,hahaha...
Jumpa lagi ye kawan2...sayonara !!