Khamis, 21 Oktober 2021
Rindu...
Jumaat, 24 September 2021
Kita milik Allah
Khamis, 8 Julai 2021
Aku menulis kerana kamu
Assalamualaikum semua...
Salam Jumaat yang penuh barakah...hujan di waktu tengahari menganjak ke petang. Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa sangat nyaman rasanya. Andai di waktu ini aku berada di tepian pantai, alangkah indahnya kurasakan. Rinduuuu
Begitulah Allah menguji manusia. Saban hari terdengar kematian demi kematian dijemput ilahi. Ntah sampai waktunya, masa itu akan tiba. Namun, selagi diri ini masih bernafas, selagi diri ini masih bernyawa, tuntutan sebagai hamba Allah perlu dilaksanakan. Ya Allah, Kau angkatlah penyakit Covid ini ke sarangMu. Izinkan kami hidup seperti biasa. Menikmati keindahan alam ciptaan Mu Ya Rabb.
Dia...dia bukan yang pertama tetapi dia telah bertakhta di hati. Satunya yang telah mengetuk pintu hati ini untuk menerima kehadiran sang kekasih. Kerana rasa ini ikhlas...rasa ini sesuatu yang pelik dan indah...maka ku teruskan jua walaupun terdapat halangan di tengahnya. Aku yakin, andai tiba masa...Allah jua lah penentu segalanya dan aku sangat yakin bahawa Allah sayangkan aku sebagai hambaNya. Moga kasih dan sayang ini terus mekar dan mewangi sehingga ke pusara.
Dia bukan yang pertama tetapi dia istimewa dalam hatiku. Secebis rasa itu walaupun amat payah untuk aku lupakan, aku tidak mampu menolaknya. Terkadang aku terfikir mengapa itu berlaku pada diriku. Namun, apa yang berlaku tidak dapat ku undur lagi. Aku tidak mahukan apa selain perhatian dan kasih sayangmu buatku. Hanya setitis kasih itu sudah mencukupi buat diriku. Aku bahagia bersamamu.
Bukan mudah untuk memahamkan orang keliling. Hanya kuasa Allah sahaja yang mampun mengubahnya. Moga redha Allah bersama langkah kita. Niat yang baik pasti akan Allah kabulkan...in shaa Allah.
Aku sayang Allah
Aku sayang keluargaku
Aku sayang kamu
Aku sayang orang-orang disekelilingku
Moga kita hidup dalam keadaan aman dan bahagia.
Jumpa lagi...sayonara !!
Selasa, 22 Jun 2021
Anak
Assalamualaikum...
Anak adalah anugerah Allah yang paling indah. Jangan sesekali kita membandingkan anak kita dengan anak orang lain kerana setiap anak ada ciri-ciri masing-masing. Sedangkan kehendak kita juga berbeza, inikan pula anak-anak 😇
Aku mempunyai 5 orang anak. Yang sulong dah besar...awal 20-an dah. Yang ke dua dah habis SPM...tapi aku lebih suka menceritakan perihal anak bongsuku. Anak yang ke tiga iaitu kembarku itu, sebab mereka berdua, jadi adalah teman untuk berbicara.
Anak aku yang bongsu tu...bukan tidak mendengar kata tapi dia punya minat yang tersendiri. Nak suruh belajar...punyalah payah sehinggakan dia dengan kakak yang sulong pun boleh bergaduh 😂. Orang cakap dia buat dek je...bagi kakaknya menyirap. Macamana lagi aku nak buat penekatan psikologi pada anak yang bongsu ni...dia tidak seperti kakak dan abangnya, boleh buat kerja sekolah tanpa di suruh dan dibimbing. Inikan pula PDPR, lagilah...disuruh semua katanya nak tunggu mama. Tak boleh nak buat sendiri. Huaaaa...mama dengan kerjanya lagi, tanggungjawab dengan family lagi, dengan mak abah lagi...sometimes rasa macam nak pergi jauh seminggu cari ketenangan. 😆
Tapi ada satu sikap yang aku tidak sangka. Dak bongsu ni pandai sangat mengambil hati. Adakah sebab dia bongsu, semua kehendaknya harus ko patuhi? Hmmm...tapi kalau bab menolong, memang dialah yang rajin. Kadang-kadang tanpa disuruh, dia lah yang akan buat kerja rumah. Haaa...ni boleh cerita sekali pasal dak kembar tu...yang no 3 tu pun sama. Kalau di suruh, walaupun dengan tak nak dia tu...dia buat jugak. Tapi kalau yang adik no 4 tu...cakaplah apa saja, kalau dia tak nak tu...janganlah paksa. Nanti ko sendiri yang sakit hati 🤣😐
Ragam anak-anak mama. Walau apapun tingkah laku kamu, mama sentiasa doakan anak-anak mama menjadi anak yang soleh dan solehah. Menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Apapun yang kalian lakukan, mama tahu dan yakin, kalian akan berjaya dan bahagia. Hidup adalah perjalanan yang indah sebelum kita sampai ke penghujungnya. Mama sayang kalian semua anak-anakku.
Ya Allah...
Jadikan aku, anak-anakku dan zuriat keturunanku dalam golongan yang mendirikan solat. Perkenankan doakan ini. Aamiin...
Jumpa lagi...sayonara !!
Ahad, 20 Jun 2021
Hidup Ini Sepi...
Ahad, 6 Jun 2021
Aku sayang kamu
Asaalamualaikum...
Amboiii tajuk ko ayu...untuk kamu yang mengerti, aku sangat sayangkan kamu...sepertimana aku menyayangi dia, anak-anakku, mak abah, adik beradikku...aku juga menyayangi kamu seadanya. Walaupun kadang-kadang kau membuatku marah, kesal dan bermacam lagi...hati ini tetap buatmu. Moga ada sinar dalam hubungan ini.
Moga Allah redha. Terkadang ia lewat, tetapi hadirmu menceriakan hidupku.
Jumpa lagi, sayonara !!
Ahad, 16 Mei 2021
Maafkan ....
Assalamualaikum semua…
Semoga hari-hari yang mendatang membawa seribu keceriaan dalam hidup kita semua. Syawal hari ke-4...rakan sekerja anak bertandang di rumah. Kalau dah rakan sekerja tu...termasuklah dengan si dia kan. Hari ke empat baru ketemu. Ok lah, mama jangan merajuk lagi ye...apa pun, mama tetap bergaya di hari raya 😉😅
Bertemu dan berkenalan dengan dia membuatkan mama rasa di hargai. Maafkan mama kerana mama tahu anak-anak tidak berapa suka dengan pilihan mama. Mama ada sebab sendiri kerana memilih dia. Janganlah kalian menganggap mama ini meruntuhkan rumah tangga orang, tidak pernah terfikir pun mama untuk berbuat demikian. Mama bukan merampas segalanya, mama cuma perlukan sedikit perhatian dan kasih sayang. Mama pernah merasa terluka dahulu dan mama tahu betapa pedihnya perasaan itu. Namun, apa yang berlaku adalah ketentuan Allah jua. Mama menerimanya dengan berlapang dada. Andai ada jodoh, mama akan menerimanya kerana dia telah bertakhta di hati mama. Ini bukan bermakna mama dapat melupakan ayah kalian di alam sana. Ayah tetap di hati mama. Tidak mungkin mama lupakan tetapi beri peluang mama menghabiskan sisa hidup ini dengan pilihan mama. Mama hanya ingin merasa bahagia dan dihargai. Mama tidak mungkin mensia-siakan anak-anak mama. Segala-galanya telah mama sediakan untuk kalian. Demi Allah, mama bersyukur kerana mendapat anak-anak yang baik, yang mendengar kata, walaupun kadang-kadang tingkahlaku kalian telah membuat mama sedih. Mama sentiasa bersangka baik...dan sentiasa berdoa agar anak-anak mama berjaya di dunia dan akhirat. Ayah menanti doa darimu duhai anak. Setiap hari dan ketika, doa anak yang soleh dan solehah dari kamu setiap anak-anakku.
Janganlah kerana perlakuan mama, membuatkan kamu berasa terasing dan beranggapan kasih sayang itu kian pudar. Tidak pernah sekalipun mama tidak sayang anak-anak mama. Mama terlalu sayangkan kamu. Betapa Allah ingin memberikan pahala yang cukup banyak buat mama untuk membesarkan kamu anak-anak yatim. Walaupun dalam kesedihan dan kelukaan, mama pasti apa jua aturan yang Allah beri, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Satu hari, Allah akan buka hikmah itu satu persatu dan kalian semua akan bahagia di samping pilihan hati masing-masing. Selagi mama hidup, iringan doa akan sentiasa ada untuk kamu duhai anak-anakku.
Mama sayang kamu anak-anakku dan mama sayang dia juga. Kasih ini tidak mungkin hilang walaupun masa berlalu. Ingatlah anak-anakku...kasih dan sayang mama tidak mungkin berubah. Ia lahir dari hati yang suci murni. Moga Allah kurniakan rahmat dan kasih sayangnya buat mama, buat anak-anak mama dan juga dia. Nama kalian akan ku sebut dalam tahajudku. Tidak mungkin aku lupakan.
Satu hari nanti kalian akan mengerti. Itu mama pasti. Mama tidak mengharapkan harta benda, hanya secebis kasih sayang sudah cukup untuk membahagiakan mama.
Ya Allah,
Lindungilah anak-anakku...
Nursyazwany binti Syahrul Azwan
Mohamad Syaznawie bin Syahrul Azwan
Mohamad Syahiman bin Syahrul Azwan
Mohamad Syahimin bin Syahrul Azwan
Nursyazliyana binti Syahrul Azwan
Berilah kasih sayang Mu kepada kami sekeluarga...
Kasihanilah kedua ibu bapaku...Wahili bin Abdullah dan Samsiah binti Bahatan sebagaimana mereka mengasihiku di waktu kecil...begitu juga adik beradikku Ya Allah
Terangilah dan lapangkanlah kubur arwah suamiku Syahrul Azwan bin Ismail, tempatkan dia dikalangan orang-orang yang beriman...
Kau bahagiakan insan yang aku sayang Raja Mohd Shamsul bin Raja Abdul Rahman dan keluarganya, berilah kejayaan buatnya dan permudahkan urusannya...
Ya Allah...sayangilah aku hambaMu..aku Wahidayu binti Wahili memohon keampunan kepadaMu Ya Allah, kasihani dan sayangilah aku. Pilihlah aku menjadi insan yang Kau pilih untuk disayangi...
Bimbinglah kami semua ke jalan Mu. Temukan kami di syurga firdaus. Matikan kami dalam keadaan husnul khatimah. Hanya kepada Mu kami bermohon, perkenankanlah permintaan hamba Mu ini.
Aamiin...
Sampai sini dulu
Jumpa lagi, sayonara !!
Jumaat, 14 Mei 2021
Janji
Rabu, 12 Mei 2021
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021
Assalamualaikum semua...
Lama nau tak bersiaran...dari bulan ramadhan sampai lah masuk syawal nan indah...baru berkesempatan untuk menulis. Fuh, bersawang abis blog ni...nanti aku kemaskan sikit2 ye, beban kerja hakiki membuatkan aku tidak ada masa untuk mencoretkan sesuatu dalam blogku ini.
Hari ini, 1 syawal 1442 hijrah. Alhamdulillah diberi kesempatan sepanjang ramadhan untuk berterawih di surau walaupun secara bergilir-gilir. Semoga kita semua akan bertemu ramadhan tahun akan datang...in shaa Allah.
Raya kali ni terasa sedikit kelainan. Bila mana kau pergi ke pasar ditemani oleh anak dan si dia...terasa lengkap hidup ini yang mana mereka tidak mungkin akan mengerti dan ingin mengerti. Aku berserah semuanya kepada Allah, moga apa jua yang mendatang, membawa sesuatu kebaikan yang menjadi rahsia Nya. Allah itu Maha Pendengar, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Walaupun kita menyambut syawal dalam PKP, masih dapat aku meluangkan masa untuk berjumpa mak dan abah di Bangsar. Bersalaman dan peluk cium buat kedua insan yang amat aku kasihi. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat mereka. Hari ini...mereputlah pulak di rumah kan 😂...tiada ziarah hari raya, hanya boleh video call sebagai pengganti diri. Tapi kan...masa berlalu, sehingga waktu ini...masih belum dapat panggilan dari si dia. Sibuk sangat lah tu...moga dia berbahagia disamping keluarganya. Hidup aku dengan caraku, moga Allah redha apa yang telah berlaku.
Ok, kita layan gambar lah dulu buat kenang-kenangan. Banyak lagi gambar dah upload kt fb nun...simpan jadi memori nanti 😍